Korea S dedah mantapkan usaha kereta hijau

Korea S dedah mantapkan usaha kereta hijau

SEOUL, 8 Dis – Korea Selatan mendedahkan hari ini satu pelan besar untuk meningkatkan pengeluaran secara dramatik bagi kereta mesra alam menjelang 2020, sebagai usaha global untuk mengurangkan emisi karbon dan mengekang perubahan iklim.

Di bawah matlamat dasar yang dikeluarkan oleh kementerian tenaga, pengeluaran tahunan ‘kereta hijau’ seperti hibrid dan kenderaan berkuasa elektrik akan meningkat mendadak dari 80,000 tahun ini kepada 920,000 pada lima tahun akan datang.

Kementerian tenaga mengatakan dasar kereta hijau baru akan membantu Seoul mengurangkan emisi karbon sebanyak 3.8 juta tan pada lima tahun akan datang.

Ia berikrar untuk melabur sebanyak 150 bilion won (AS$127 juta) untuk membantu pembuat kereta tempatan seperti Hyundai meningkatkan pelbagai kereta berkuasa bateri dan akhirnya dapat menurunkan harganya.

Ratusan stesen pengecas elektrik baru akan dibina di seluruh negara – dengan sasaran sebanyak 1,400 buah menjelang 2020, berbanding pada masa ini sekitar 400. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA