Korea S gesa Pyongyang batal lancar roket

Korea S gesa Pyongyang batal lancar roket

SEOUL, 3 Feb – Korea Selatan hari ini menggesa Pyongyang supaya membatalkan pelancaran roket sambil memberi amaran negara itu akan menerima padah sekiranya rancangan berkenaan diteruskan.

Mengikut kenyataan itu, sebarang ujian peluru berpandu dianggap sebagai pelancaran satelit yang boleh ‘mengancam’ keamanan dunia dan keselamatan.

“Korea Utara mesti membatalkan segera rancangan pelancaran itu, kerana sebarang pelancaran menggunakan teknologi balistik adalah melanggar resolusi PBB,” katanya.

“Jika Korea Utara meneruskan rancangan melancarkan peluru berpandu jarak jauh, ia akan mengancam keamanan dan keselamatan di rantau ini dan dunia serta mereka perlu membayar pada harga yang mahal,” kata kenyataan yang dibacakan oleh, Cho Tae-Yong, seorang pegawai kanan keselamatan di pejabat Presiden. – AFP

Orang ramai menonton laporan berita mengenai pelancaran roket yang dirancang oleh Korea Utara apabila skrin televisyen menunjukkan rakaman fail roket Unha-3, Korea Utara, yang dilancarkan pada tahun 2012, di sebuah stesen kereta api di Seoul. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA