Korea S kurangkan prospek pertumbuhan

Korea S kurangkan prospek pertumbuhan

SEOUL, 14 Jan (AFP) – Bank pusat Korea Selatan hari ini mengurang prospek pertumbuhan ekonominya untuk tahun 2016 kepada tiga peratus, memetik ‘ketidakpastian’ berlarutan disebabkan kemelesetan dalam pasaran eksport utama dan mata wang won.

Keadaan pasaran yang turun naik di China juga menimbulkan gelombang kejutan, beritahu Gabernor Lee Ju-Yeol kepada wartawan, menambah sementara “risiko China tidak dapat dijangka,” bursa tempatan “sedang bertindak secara dramatic kepada perubahan besar yang diluar jangkaan.”

Selepas mesyuarat pengawasan mata wang bulanannya, di mana ia membiarkan kadar faedah utama tidak berubah pada tahap rendah, Bank Korea berkata ia sedang mengubah anggaran pertumbuhan awalnya sebanyak 3.2 peratus.

Meskipun pemulihan ekonomi AS yang mampan, pertumbuhan di pasaran membangun termasuk China, rakan perniagaan terbesar Korea Selatan telah ‘menjadi lembap’, katanya dalam satu kenyataan.

Lee menambah kelemahan mata wang Korea won serta yuan di China ‘adalah tidak dapat dielakkan,’ memandangkan hubungan yang erat kedua-dua negara.

Bank Korea juga mengurangkan ramalan inflasinya untuk tahun ini kepada 1.4 peratus daripada ramalan sebelumnya sebanyak 1.7 peratus, mendapati kenaikan harga dijangka tetap ‘kurang’ daripada sasaran 2 peratus buat sementara waktu ini.

Bank pusat membiarkan kadar faedahnya pada 1.5 peratus untuk bulan ketujuh berturut-turut, selepas Simpanan Persekutuan AS pada Disember mengumumkan kenaikan kadar pertamanya dalam hampir satu dekad.

Bank mempunyai ruang yang kurang untuk pelonggaran mata wang tambahan daripada kadarnya yang rendah sekarang, dengan hutang keluarga yang melambung tinggi dan risiko aliran keluar modal yang lebih tatkala peningkatan AS mendorong peniaga menarik diri dari Korea Selatan untuk mencari pulangan yang lebih baik.

Dalam perniagaan tengah hari, won merosot 0.9 peratus berbanding dolar, sejajar dengan penjualan kesemua aset serantau.

ARTIKEL YANG SAMA