Korea S mula operasi angkat feri karam

Korea S mula operasi angkat feri karam

SEOUL, 12 Jun (AFP) – Sebuah firma penyelamatan hari ini memulakan operasi sukar dan menelan belanja besar untuk menaikkan feri Korea Selatan yang karam di laut lebih dua tahun yang lalu dalam bencana yang mengejutkan dan menimbulkan kemarahan di negara itu.

Sewol membawa 476 orang di dalamnya apabila ia karam di barat daya pulau Jindo pada April 2014, dengan meragut nyawa 304 orang – kebanyakan mereka adalah kanak-kanak sekolah.

Membawa naik feri itu ke permukaan sudah lama menjadi desakan utama ahli keluarga mangsa, yang berharap sembilan mayat yang masih hilang itu mungkin akan dapat ditemui.

Kerajaan Seoul tahun lepas mengumumkan rancangan untuk menaikkan kapal seberat 6,825 tan dan memilih konsortium China yang diketuai oleh Shanghai Salvage Co. milik kerajaan untuk mengetuai projek bernilai AS$72 juta.

“Operasi itu bermula pada jam 2 petang,” Jung Seong-Wook, anggota keluarga mangsa yang bertindak sebagai wakil keluarga’ bagi projek penyelamatan itu, memberitahu AFP.

Kren gergasi dilihat mengangkat feri Sewol yang karam dalam operasi di perairan Jindo semalam. Sewol membawa 476 orang di dalamnya apabila ia karam di barat daya pulau Jindo pada April 2014, dengan meragut nyawa 304 orang. – AFP
Kren gergasi dilihat mengangkat feri Sewol yang karam dalam operasi di perairan Jindo semalam. Sewol membawa 476 orang di dalamnya apabila ia karam di barat daya pulau Jindo pada April 2014, dengan meragut nyawa 304 orang. – AFP

Jung merupakan salah seorang daripada puluhan anggota keluarga yang menyaksikan kerja-kerja mencemaskan itu daripada sebuah bot nelayan pada cuaca berkabut.

Kerja persediaan selesai awal pagi tadi, dengan kren utama firma penyelamatan sudah pun diletakkan berhampiran hadapan kapal dan beberapa kabel dipasang pada feri itu. Pengangkatan bahagian hadapan – yang akan dilancarkan dua hari lagi – dilihat sebagai bahagian paling mencabar bagi operasi itu.

“Operasi itu mengambil masa kira-kira 70 peratus daripada projek penyelamatan keseluruhannya,” kata Jung.

Sebaik saja hadapan kapal diangkat, kerja-kerja untuk menempatkan 18 galang pengangkat di bawah feri akan bermula.

ARTIKEL YANG SAMA