Korea S pelawa Jepun sertai sidang kemuncak

Korea S pelawa Jepun sertai sidang kemuncak

SEOUL, 26 Okt (AFP) – Korea Selatan mengatakan hari ini ia telah mempelawa Jepun menyertai sidang kemuncak kepimpinan yang lama dinantikan yang akan menandakan satu langkah besar perdamaian ke arah meningkatkan hubungan selepas rasa tidak percaya dan diplomatik dendam yang lama.

Seorang jurucakap bagi presiden Rumah Biru berkata Korea Selatan telah mengusulkan sidang kemuncak antara Perdana Menteri Jepun, Shizo Abe dan Presiden Park Geun-Hye berikutan pertemuan kepimpinan tiga sisi yang akan diadakan bersama China di Seoul minggu depan.

“Kami telah membuat satu cadangan untuk mengadakan sidang kemuncak pada 2 November, namun belum menerima berita dari Jepun,” kata jurucakap wanita kepada AFP.

Jika sidang kemuncak itu diteruskan, ia akan menutup langkah bersiri dalam beberapa minggu kebelakangan oleh Seoul dan Tokyo ke arah pemulihan hubungan baik – dicetuskan dan ditekan oleh sekutu tentera bersama, Amerika Syarikat.

Hubungan antara kedua-dua negara berjiran itu tidak pernah tenang – dibayangi dengan pertikaian sensitif, bersejarah yang berkaitan dengan pemerintahan kolonial Jepun 1940-45 berhubung semenanjung Korea, terutamanya isu berkaitan ‘wanita penghibur’ yang dipaksa bekerja di rumah pelacuran tentera masa perang Jepun.

Sejak menjawat jawatan pada Februari 2013, Park berulang kali enggan untuk bertemu dengan Abe, memberi alasan yang Tokyo belum lagi menebus kesalahan masa lalunya dengan secukupnya.

ARTIKEL YANG SAMA