Korea S potong kadar faedah terendah

Korea S potong kadar faedah terendah

SEOUL, 9 Jun – Korea Selatan pada hari ini memotong kadar faedahnya kepada tahap rendah 1.25 peratus dalam satu tindakan mengejutkan untuk mengatasi kebimbangan mengenai kesan penyusunan semula korporat ke atas ekonomi lembap.

Pemotongan 0.25 peratusan mata oleh Bank Korea adalah yang pertama dalam 12 bulan tetapi tidak terdapatnya petunjuk mengenai tindakan sedemikian, dengan kebanyakan orang menjangkanya mengekal dasar tunggu-dan-lihat selepas pegawai berkata terdapatnya tanda-tanda pemulihan dalam ekonomi.

Namun kebimbangan yang meningkat berhubung kesan negatif ke atas penggunaan daripada pembuangan yang dicetuskan oleh penyusunan semula korporat berterusan, terutamanya di limbungan kapal, jelasnya memaksa bank membuat keputusan tersebut.

“Perdagangan global ternyata lebih lemah daripada dijangka dan risiko negatif mungkin meningkat pada bulan-bulan akan datang apabila penyusunan semula korporat dilancarkan,” beritahu Gabernor Lee Ju-Yeol kepada wartawan.

“Kami perlu menghalang kesan negatif daripada penyusunan semula korporat,” kata beliau.

Pemotongan diadakan selepas pengerusi Simpanan Persekutuan Janet Yellen memberi petunjuk pada kenaikan beransur-ansur dalam kadar AS pada awal minggu ini, sekali gus memudarkan jangkaan untuk sebarang kenaikan pada musim panas.

Lee bersikap terbuka terhadap sebarang kemungkinan pemotongan seterusnya, berkata inflasi rendah menjejas sentimen pengguna. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA