Korea S pulang satu patung lama

Korea S pulang satu patung lama

SEOUL, 15 Julai – Korea Selatan telah memutuskan untuk memulangkan satu daripada dua patung lama Buddha yang dicuri oleh pencuri Korea di Jepun tiga tahun lalu, kata pejabat pendakwa raya hari ini.

Walaupun Jepun telah menuntut pengembalian kedua-dua patung buatan Korea, pendakwa berkata patung kedua akan disimpan di Korea Selatan sementara menunggu penyelesaian satu perbalahan mengenai pemilikan asalnya.

Pertengkaran mengenai nasib patung, yang dicuri daripada kuil berlainan di pulau Jepun Tsushima pada 2012, merupakan satu gambaran mengenai hubungan sejarah Jepun dan Korea Selatan yang bermasalah.

Empat ditahan di Korea Selatan pada 2013 disebabkan kecurian asal, selepas mereka cuba menjual patung yang seterusnya dirampas oleh pihak berkuasa.

Jepun meminta patung berkenaan dipulangkan segera, tetapi Mahkamah Daerah Korea Selatan menyekat penghantaran mereka kerana mengesyaki mereka mungkin dicuri dari Korea beberapa abad lalu oleh lanun Jepun.

Dalam keputusannya hari ini, pejabat pendakwa berkata tidak adanya bukti yang menunjukkan patung berusia satu perlapan abad telahpun dipindah secara haram ke Jepun, dan menekankan tidak ada tuntutan pemilikan telah dilakukan di Korea Selatan.

“Sejajar dengan Undang-Undang Prosedur Jenayah, patung akan dikembalikan kepada pemilik asal di Jepun,” kata pejabat dalam satu kenyataan akhbar.

Bagaimanapun, patung abad ke-14 kedua, dituntut oleh kuil Buddha di bandar barat daya Seosan, yang berkata ia didedikasikan kepada kuil pada 1330 tetapi dirampas oleh lanun Jepun sebelum 1520.

“Timbulnya perbalahan berterusan mengenai pemilikannya dan dengan itu, tidak ada keputusan yang telah dibuat untuk memulangkannya,” kata pendakwa.

Disebabkan salah satu patung akan dipulangkan telah mencetuskan kritikan di beberapa rangkaian media sosial Korea, di mana keputusan dikecam sebagai satu “pembelotan” dan “pro-Jepun.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA