Korea S rosak kepercayaan bersama – China

Korea S rosak kepercayaan bersama – China

SEOUL, 25 Julai – China telah menyalahkan Korea Selatan kerana merosakkan ‘kepercayaan bersama’ dengan rancangannya untuk melancarkan sistem pertahanan peluru berpandu AS canggih dalam berdepan pembangkang Beijing, menurut agensi berita Yonhap hari ini.

Seoul dan Washington mengumumkan awal bulan ini mengenai keputusan mereka untuk melancarkan sistem Terminal Pertahanan Kawasan Altitud Tinggi (THAAD) di Selatan berikutan ujian-ujian nuklear dan peluru berpandu Korea Utara baru-baru ini.

Rancangan untuk melancarkan sistem berkuasa itu, yang sasarannya untuk memusnahkan peluru-peluru berpandu musuh, menaikkan kemarahan Beijing dan Moscow, yang kedua-duanya melihat sebagai bidaan AS untuk meletakkan ketenteraan berkuasa di rantau itu.

“Kelakuan Korea Selatan baru-baru ini telah menjejaskan asas kepercayaan bersama kami,” Menteri Luar China Wang Yi memberitahu para pemberita menjelang mesyuarat pada lewat Ahad bersama rakan sejawatannya dari Korea Selatan dalam mesyuarat sampingan di Vientiane, Laos.

“Saya akan mendengar apa langkah-langkah praktikal yang Korea Selatan akan ambil untuk melindungi hubungan yang tidak berbelah bahagi di antara kami,” Yonhap memetik Wang sebagai berkata.

China adalah pasaran eksport terbesar Korea Selatan dan juga rakan utama dalam usaha-usaha Seoul untuk membendung program senjata-senjata nuklear Korea Utara.

Pada mesyuarat itu, Menteri Luar Korea Selatan, Yu Byung-Se mengakui cabaran-cabaran dalam hubungan-hubungan dua hala, namun menekankan bahawa pelancaran THAAD adalah sebagai pertahanan semata-mata dan tidak memberikan ancaman terhadap kepentingan keselamatan China, kata Yonhap, memetik daripada pegawai kerajaan Korea yang tidak dinamakan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA