Korea S sepi, 600,000 pelajar jalani peperiksaan

Korea S sepi, 600,000 pelajar jalani peperiksaan

SEOUL, 17 Nov – Korea Selatan sunyi sepi hari ini dengan trak-trak berat ditegah di jalan-jalan dan perniagaan-perniagaan dibuka lewat ketika lebih 600,000 pelajar sedang menduduki peperiksaan kemasukan kolej tahunan yang menjadi taruhan penting dalam memastikan masa depan mereka di negara yang berdepan persaingan tinggi.

Kejayaan dalam peperiksaan – yang para remaja menghabiskan bertahun-tahun untuk bersedia – bermaksud satu kedudukan untuk mendapatkan tempat dalam salah sebuah dari kolej-kolej elit dilihat sebagai penting bagi karier masa depan malah prospek perkahwinan.

Untuk melapangkan jalan raya bagi memastikan 606,000 pelajar tiba pada masanya, pejabat kerajaan, perniagaan besar dan malah pasaran saham Seoul dibuka lewat satu jam daripada biasanya 10 pagi (0100 GMT).

Pihak berkuasa pengangkutan menegah semua pendaratan dan berlepas di lapangan terbang dalam tempoh 30 minit pada awal petang yang berbetulan dengan ujian pendengaran bahasa utama.

Kerja-kerja di tapak pembinaan telah ditangguhkan dan trak-trak besar ditegah dari jalan-jalan raya berhampiran tempat ujian.

Seorang lelaki menyarungkan topeng Ironman dalam menyokong para pelajar yang tiba untuk menduduki Ujian Kemahiran Akademi Kolej, peperiksaan standard bagi kemasukan ke kolej, di sebuah sekolah menengah di Seoul pada 17 November. – AFP
Seorang lelaki menyarungkan topeng Ironman dalam menyokong para pelajar yang tiba untuk menduduki Ujian Kemahiran Akademi Kolej, peperiksaan standard bagi kemasukan ke kolej, di sebuah sekolah menengah di Seoul pada 17 November. – AFP

Peperiksaan itu diadakan di 1,183 tempat di seluruh negara bermula kira-kira 9 pagi (0000 GMT) hingga 5:30 petang (0830 GMT).

Saluran berita TV menunjukkan para pelajar kelihatan gementar berjalan masuk ke dewan peperiksaan selepas berpeluk dengan ibu bapa mereka, ketika ratusan pelajar muda memberi semangat kepada senior mereka.

Bersama harapan yang menggunung tinggi, ribuan ibu bapa mengunjungi kuil-kuil dan gereja untuk berdoa, dengan sami-sami dan pastor mengadakan sesi khas bagi para pelajar.

Tekanan untuk mendapat keputusan terbaik dalam peperiksaan telah disalahkan atas depresi kalangan remaja dan kadar bunuh diri antara yang tertinggi di dunia. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA