Korea S tahan ayah pelajar rogol guru

Korea S tahan ayah pelajar rogol guru

SEOUL, 9 Jun – Tiga lelaki telah ditahan di Korea Selatan kerana didakwa merogol seorang guru secara bergilir-gilir di pulau terpencil negara itu, menurut polis hari ini, dengan dua daripada suspek itu dipercayai ayah kepada para pelajar wanita berkenaan.

Guru berkenaan sedang makan malam di sebuah restoran tempat tiga lelaki memaksa wanita yang keberatan itu untuk minum bersama mereka, kata polis.

Selepas dia menjadi mabuk, lelaki berkenaan mengajaknya untuk menghantarnya pulang dan kemudian dipercayai ketiga-tiganya telah merogolnya.

Jika disabit bersalah, mereka akan berdepan hukuman maksimum penjara seumur hidup.

Kes itu telah mendapat perhatian umum awal bulan ini selepas teman lelaki mangsa menyiarkan kritikan dalam online yang mengatakan siasatan perlahan, telah mendedahkan hubungan keburukan minuman keras di negara itu.

Guru-guru yang bekerja di pulau terpencil itu memberitahu media tempatan bahawa ia adalah sukar untuk menolak apabila diminta untuk menghadiri makan malam, tanpa ditemani dengan minuman, dengan ibu bapa para pelajar – yang bantuan itu adalah penting untuk mentadbir sekolah-sekolah. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA