Korea S tegah jualan Nissan, BMW, Porsche

Korea S tegah jualan Nissan, BMW, Porsche

SEOUL, 30 Nov – Korea Selatan akan menyekat jualan beberapa buah kereta buatan Porsche, BMW dan Nissan, dan mendenda syarikat itu lebih AS$5 juta ketika siasatan ke atas dokumentasi pengeluaran gas semakin meluas.

Seoul mula menyiasat pensijilan alam sekitar ke atas kereta import selepas Volkswagen tahun lepas mengaku untuk memasang perisian penipuan pengeluaran gas pada kira-kira 11 juta kenderaan diesel seluruh dunia.

Alat yang digelar gagal itu boleh mengesan apabila sebuah kenderaan menjalani ujian dan merendahkan asap paip ekzos sewajarnya untuk menjadikan kenderaan itu tampak kurang mencemarkan daripada yang sebenarnya.

Kerajaan Korea Selatan berkata kelmarin yang ia telah menemui kesalahan pensijilan dalam 10 model yang dijual di seluruh negara – dua daripada Nissan, satu daripada BMW dan tujuh Porsche – dan juga akan mengenakan hukuman denda kira-kira 6.5 bilion won (AS$5.6 juta) ke atas firma-firma itu.

“Kami akan membenarkan Nissan dan BMW untuk menjelaskan kedudukan mereka menerusi perbicaraan dan memfailkan aduan perundangan jika perkara yang tidak kena disahkan,” kata Hong Dong-Kon, seorang pegawai di kementerian alam sekitar yang bertanggungjawab atas standard persekitaran auto.

Porsche sudah pun mengakui kesilapan dengan dokumen pensijilan itu dan telah menghentikan penjualan empat daripada tujuh model yang terjejas, kata Hong.

Pada Ogos, kementerian alam sekitar menegah jualan 80 model Volkswagen dan mendenda syarikat sekitar AS$16 juta bagi dokumentasi palsu ke atas paras bunyi bising enjin, keefisienan minyak dan pengeluaran gas. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA