Korea S umum lawatan rasmi pertama ke Iran

Korea S umum lawatan rasmi pertama ke Iran

SEOUL, 18 April (AFP) – Park Geun-Hye akan menjadi presiden Korea Selatan pertama yang mengunjungi Iran bulan depan, umum pejabatnya hari ini, ketika Seoul mencari pasaran baru untuk mengubah kemerosotan panjang dalam hasil pendapatan eksport.

Lawatan yang diadakan pada 1-3 Mei itu muncul hanya beberapa hari selepas perjanjian bersejarah yang memberi laluan bagi pembatalan sekatan yang melumpuhkan ekonomi Iran sebagai pertukaran bagi had ke atas program nuklearnya.

Meskipun Iran disyaki mempunyai hubungan dengan program senjata nuklear Korea Utara, Korea Selatan sangat berminat untuk memperkukuhkan perdagangan dengan ekonomi kedua terbesar di Timur Tengah itu, dan Park dijangka akan menekan bagi perjanjian korporat termasuk loji kimia dan tenaga, infrastruktur dan teknologi maklumat.

Lawatannya itu akan menjadi yang pertama daripada presiden Korea Selatan sejak kedua-dua buah negara menubuhkan hubungan diplomatik pada 1962.

Menurut pejabat presiden di Seoul, sidang kemuncak Park bersama rakan sejawatan Iran, Hassan Rouhani akan termasuk perbincangan tentang situasi berhubung semenanjung Korea yang terpisah.