Korea Selatan akan terbitkan buku sejarah baru

Korea Selatan akan terbitkan buku sejarah baru

SEOUL, 3 Nov (Reuters) – Kerajaan Korea Selatan hari ini berkata ia akan menerbitkan buku teks sejarah bagi kegunaan di sekolah-sekolah bermula tahun 2017, dengan mengambil langkah perlu untuk melucutkan pengajaran masa ini yang ‘berat sebelah daripada segi ideologi’.

Langkah untuk menghentikan penggunaan buku teks yang ditulis oleh para ilmuan sektor swasta dan diterbitkan oleh penerbit-penerbit swasta selepas perdebatan berminggu-minggu tentang sama ada demokrasi bagi kerajaan untuk menetapkan bagaimana sejarah moden negara itu diajarkan.

Ia juga mencetuskan kecurigaan tentang motif Presiden Park Geun-hye dalam membentuk dasar, di tengah pandangan yang berbelah bahagi tentang kepimpinan ayahnya, Park Chung-hee.

Park, yang berkuasa dalam rampasan kuasa tentera dalam tahun 1961 dan memerintah sehingga pembunuhannya dalam tahun 1979, diberi pujian kerana membina Korea Selatan yang moden dan perindustrian, tetapi dengan mengorbankan demokrasi.

Kebanyakan buku teks swasta yang kini digunakan oleh sekolah menengah dan tinggi cuba mengagungkan musuh ketatnya, Korea Utara dengan meragui pencapaian Korea Selatan yang kapitalistik, kata Perdana Menteri Hwang Kyo-ahn.

“Kita tidak lagi boleh membiarkan penggunaan buku teks sejarah yang memutarbelitkan dan berat sebelah untuk mengajar kanak-kanak kita yang berharga,” dia memberitahu sidang media.

“Kita peru membetulkan cara buku teks sejarah diterbitkan supaya kita boleh membuat buku teks yang betul.”

Sebagai misalan putar belit, dia merujuk kepada kesalahan yang diletakkan oleh beberapa buku teks kepada sekutu utama, AS bagi serangan 2010 ke atas sebuah kapal tentera laut Korea Selatan, Cheonan.

Yang lain tidak menyebutkan serangan itu sama sekali, kata Hwang lagi.

Korea Selatan bagaimanapun berkata Korea Utara bertanggungjawab atas serangan itu meskipun Pyongyang menafikan sebarang peranan.

Negara-negara berjiran itu masih berperang daripada segi teknikal selepas konflik mereka 1950-53 menamatkan konflik dalam gencatan senjata, bukan dengan perjanjian.

Halangan sedia ada kerajaan seperti proses meluluskan buku-buku teks swasta sia-sia, kata Hwang, kerana ramai guru daripada segi ideologi berhaluan kiri, sementara para penerbit kerap melanggar arahan supaya membetulkan ketidaktepatan.