Korea Selatan ‘balas tembakan’

Korea Selatan ‘balas tembakan’

SEOUL, 4 April (AFP) – Korea Selatan menjalankan latihan besar-besaran hari ini di Laut Timur, di mana Korea Utara telah menambah ketegangan dengan beberapa siri pelancaran peluru berpandu dan roket yang diselia oleh pemimpin Kim Jong-Un.

Latihan yang membabitkan unit meriam K-9 dan pelancar roket 130mm itu diadakan di kawasan pantai Goseong, yang bersempadan dengan Utara.

Tujuan latihan adalah memainkan peranan “senario kemungkinan provokasi maritim Korea Utara,” beritahu jurucakap Kementerian Pertahanan Korea Selatan Moon Sang-Gyun kepada wartawan.

Sejak sebulan lalu, Kim Jong-Un secara peribadi telah mengawasi pelbagai pelancaran roket dan peluru berpandu ke Laut Timur, termasuk ujian pertama peluru berpandu balistik oleh Utara selama dua tahun.

Projektil dilancarkan dari kenderaan Pelancar Roket Berganda 130mm, Tentera Korea Selatan semasa latihan peluru hidup di timur mukim Goseong, yang bersempadan dengan Korea Utara pada 4 April. – AFP
Projektil dilancarkan dari kenderaan Pelancar Roket Berganda 130mm, Tentera Korea Selatan semasa latihan peluru hidup di timur mukim Goseong, yang bersempadan dengan Korea Utara pada 4 April. – AFP

Pada lewat bulan lalu, Kim menyaksikan apa yang digelar oleh media sebagai latihan artileri jarak jauh terbesar di negara, membabitkan pelbagai bateri unit kaliber berat yang menggempur pulau luar pesisir dari pantai kira-kira 120 kilometer dari Utara Goseong.

Provokasi tersebut sebahagian besar merupakan respons terhadap latihan perang besar-besaran yang diadakan oleh Korea Selatan dan Amerika Syarikat setiap tahun, sekaligus menimbulkan kemarahan Pyongyang.

Latihan Korea Selatan pada hari ini menumpu pada “penguasaan prosedur tembakan yang lebih efisien dan tepat di laut ke atas sasaran musuh,” kata jurucakap kementerian pertahanan.

Ujian nuklear keempat Utara pada Januari melihat Majlis Keselamatan PBB, disokong oleh sekutu utama Pyongyang China, mengenakan sekatan paling teruk setakat ini berhubung program senjata nuklear Utara.

ARTIKEL YANG SAMA