Korea Selatan bergelut kekang MERS

Korea Selatan bergelut kekang MERS

SEOUL, 1 Jun (Reuters) – Korea Selatan hari ini berusaha mengawal letusan Sindrom Pernafasan Timur Tengah(MERS) ketika pihak berkuasa kesihatan mengumumkan tiga lagi kes, yang menjadikan bilangan jangkitan kepada 18 orang dalam tempoh hanya 10 hari.

Pihak berkuasa sedang menimbangkan untuk menegah perjalanan luar negara bagi hampir 700 orang yang diasingkan bagi kemungkinan jangkitan selepas seorang lelaki berusia 44 tahun telah melanggar kuarantin dalam rumah sukarela minggu lalu dan terbang ke Hong Kong dan kemudian pergi ke tanah besar China.

Lelaki itu kemudian disahkan positif bagi MERS , kes pertama China yang disahkan, yang mencetuskan amaran ketika para pegawai kesihatan menjejaki langkah lelaki itu dan menguji berbelas-belas orang yang telah berhubung dengannya.

Kementerian Kesihatan Korea Selatan mengesahkan tiga lagi kes hari ini, tetapi enggan mengenal pastikan lokasi mana-mana kes itu.

Kesemua 18 kes telah dikaitkan dengan lelaki berusia 68 tahun – yang pulang dari Bahrin melalui Qatar pada 20 Mei – yang sama ada pesakit atau pelawat ke hospital tempat dia dirawat.

Pekerja hospital merawat seorang wanita dipercayai dijangkiti MERS di sebuah kawasan kuarantin yang ditubuhkan di hospital di Seoul, Korea Selatan. - Reuters
Pekerja hospital merawat seorang wanita dipercayai dijangkiti MERS di sebuah kawasan kuarantin yang ditubuhkan di hospital di Seoul, Korea Selatan. – Reuters

Kali pertama dikenal pasti pada manusia dalam tahun 2012, MERS berpunca dari koronavirus dari keluarga sama virus yang telah mencetuskan letusan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang mengakibatkan banyak kematian di China dalam tahun 2003. Tidak ada ubat atau vaksin.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meletakkan bilangan jumlah kes seluruh negara pada 1,150 dengan kira-kira 427 kematian yang berkaitan.

Menurutnya, minggu lalu tidak ada rebakan manusia kepada manusia dan tidak disarankan pemeriksaan para penumpang atau pengetatan perjalanan dan perdagangan dikenakan ke atas Korea Selatan.