Korea Selatan bimbang ujian nuklear DPRK

Korea Selatan bimbang ujian nuklear DPRK

SEOUL, 18 Mei (Xinhua) – Penggubal dasar Korea Selatan mengenai hal ehwal Republik Demokratik Rakyat Korea (DPRK) pada hari ini meluahkan kebimbangan berhubung ujian nuklear yang mungkin dilancarkan oleh Pyongyang.

Menteri Penyatuan Hong Yong-Pyo berkata pada satu ceramah khas di Seoul bahawa DPRK menjalankan ujian nuklear keempatnya pada 6 Januari dan pada waktu ini mungkin melancarkan ujian nuklear kelima.

Hong berkata sudah tiba masanya untuk mengatasi provokasi DPRK dan membina keamanan yang mampan di semenanjung Korea.

DPRK dijangka melancarkan satu lagi ujian nuklear sebelum atau selepas kongres Parti Pekerja Korea (WPK) yang berlangsung selama empat hari sehingga 9 Mei.

Tentera Korea Selatan mendakwa DPRK telah pun menamatkan persiapan untuk satu lagi ujian bom nuklear di tapak ujian nuklear Punggye-ri di timur laut DPRK di mana negara menjalankan ujian nuklear keempatnya.

Peluru berpandu Korea Utara (Scud-B), tengah, dan peluru berpandu Korea Selatan yang lain dipamerkan di Muzium Memorial Perang Korea di Seoul, Korea Selatan, Isnin lalu. – AP
Peluru berpandu Korea Utara (Scud-B), tengah, dan peluru berpandu Korea Selatan yang lain dipamerkan di Muzium Memorial Perang Korea di Seoul, Korea Selatan, Isnin lalu. – AP

Sebelum kongres WPK ke-7, DPRL telah menembak uji beberapa peluru berpandu balistik untuk menunjukkan keupayaan serangan nuklearnya.

Pemimpin DPRK Kim Jong Un memberikan arahan pada 15 Mac untuk menguji kepala peluru berpandu dan roket balistik yang berupaya membawa kepala peluru “dalam masa yang singkat.”

Hong berkata DPRK bersedia untuk menembak peluru berpandu jarak jauh pada satu masa apabila masyarakat antarabangsa sedang membincang sekatan ke atas Pyongyang mengenai ujian nuklear keempatnya.

DPRK mengatakan keperluan untuk mengadakan rundingan antara Korea, tetapi pernyataan tersebut adalah tidak ikhlas, kata Hong.

Beliau meminta Pyongyang supaya menunjukkan kerelaannya untuk membatalkan program nuklearnya terlebih dahulu.

ARTIKEL YANG SAMA