Korea Selatan dalam langkah berjaga-jaga

Korea Selatan dalam langkah berjaga-jaga

SEOUL, 16 Nov (AFP) – Korea Selatan berkata hari ini ia sedang “mengawas ketat” mana-mana petanda ujian peluru berpandu Korea Utara selepas Pyongyang dilaporkan mengeluarkan zon tanpa belayar di luar pantai timurnya.

Agensi berita Yonhap di Selatan telah memetik sumber kerajaan semalam sebagai berkata Utara telah mengenakan zon tanpa pelayaran di luar bandar pantai Wonsan dari 11 November hingga 7 Disember.

Kementerian Pertahanan di Seoul berkata tidak adanya pemberitahuan formal yang telah difailkan dengan Korea Selatan atau Persatuan Maritim Antarabangsa, mencadangkan nasihat tersebut adalah untuk perkapalan domestik sahaja.

Kerajaan Jepun juga berkata ia tidak menerima sebarang amaran rasmi.

Nasihat yang sama sebelum ini tidak selalunya diikuti oleh ujian peluru berpandu, namun Seoul berkata ia masih mengambil langkah berjaga-jaga.

Ujian peluru berpandu yang dilakukan di Iran baru-baru ini. – Reuters
Ujian peluru berpandu yang dilakukan di Iran baru-baru ini. – Reuters

“Kami sedang mengawas ketat situasi dan mengawasi faktor berkaitan dari sudut pandangan tentera,” kata jurucakap kementerian pertahanan, tanpa mengulas lanjut.

Korea Utara sering melancarkan ujian peluru berpandu jarak dekat ke Laut Timur sebagai sebahagian daripada latihan tentera, atau sebagai satu pertunjukan kekuatan pada masa keadaan genting.

Utara diharamkan daripada melancarkan ujian menggunakan teknologi peluru berpandu balistik di bawah resolusi Majlis Keselamatan PBB.

Utara mendakwa ia telah menghasilkan peluru berpandu jarak jauh yang berupaya sampai ke tanah besar AS, tetapi ramai pakar berkata Pyongyang memerlukan beberapa tahun untuk mendapatkan kelayakan ICBM.

ARTIKEL YANG SAMA