Korea Selatan enggan bantu Utara

Korea Selatan enggan bantu Utara

SEOUL, 23 Sept – Korea Selatan hari ini memutuskan tidak akan memberikan bantuan kepada Korea Utara, berkata pemimpin Kim Jong-Un akan mendapat pujian ke atas mana-mana bantuan ekoran apa yang digelar oleh Pyongyang sebagai “bencana paling teruk” sejak Perang Dunia Kedua.

Persekutuan Palang Merah Antara-bangsa dan Persatuan Bulan Sabit Merah (IFRC) pada Rabu merayu AS$15.5 juta dalam bantuan kecemasan untuk membantu rakyat Korea Utara.

Ia mengingatkan tentang “bencana kedua” di negara miskin itu melainkan bantuan segera diberikan.

Sekurang-kurangnya 138 orang telah terbunuh dan hampir 400 hilang selepas hujan lebat mencetuskan banjir besar, memusnahkan kampung di kawasan timur laut negara, kata PBB pada minggu lalu.

Menurut PBB, 140,000 orang memerlukan bantuan. IFRC berkata kira-kira 70,000 masih tidak mempunyai rumah selepas berpuluh ribu rumah dimusnahkan.

Gambar fail pada 16 September 2016 menunjukkan para pekerja sedang membaik pulih simen dari kawasan-kawasan yang rosak akibat banjir di Onsong, Wilayah Utara Hamgyong, Korea Utara. – AP
Gambar fail pada 16 September 2016 menunjukkan para pekerja sedang membaik pulih simen dari kawasan-kawasan yang rosak akibat banjir di Onsong, Wilayah Utara Hamgyong, Korea Utara. – AP

UNICEF berkata pada Selasa penyakit dan pemakanan tak seimbang sedang meningkat, dengan klinik kesihatan melaporkan dua kali ganda kanak-kanak berusaha mendapatkan bantuan berbanding dengan sebelum bencana.

Jika Seoul memberikan mana-mana bantuan, “Kim Jong-Un akan mengambil kesemua pujian,” beritahu jurucakap Kementerian Penyatuan Jeong Joon-Hee kepada wartawan.

“Di bawah keadaan berkenaan, saya tidak dapat membuang perasaan bahawa bantuan luar adalah sia-sia,” kata beliau ketika menjawab satu soalan mengenai sama ada Selatan akan bertindak balas terhadap rayuan meminta bantuan.

Meskipun rayuan daripada PBB, komuniti antarabangsa masih bersikap acuh tidak acuh, kata beliau. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA