Korea Selatan hantar pulang jasad tentera China

Korea Selatan hantar pulang jasad tentera China

SEOUL, 31 Mac (AFP) – Korea Selatan hari ini menghantar jasad berbelas-belas tentera China yang terbunuh ketika Perang Korea 1950-53 ke China bagi pengebumian terakhir di tanah air mereka.

Keranda-keranda yang membawa jasad 36 orang tentera, yang digali oleh Kementerian Pertahanan Korea Selatan dari Mac hingga November tahun lalu, diterbangkan dari lapangan terbang Incheon ke bandar timur laut, Shenyang, yang mana China mempunyai tanah perkuburan negara bagi mereka yang terkorban dalam peperangan.

Dalam upacara berasingan Isnin lalu, jasad-jasad, yang termasuklah serpihan-serpihan tulang dan tengkorak, telah diletakkan dalam keranda di rumah mayat sementara di Paju, berhampiran sempadan dengan Korea Utara.

Dalam tahun 2013, Presiden Korea Selatan Park Geun-Hye telah menawarkan pengembalian jasad-jasad warga China yang terkorban dalam peperangan sebagai isyarat muhibah ketika lawatan ke Beijing.

Duta Besar China ke Korea Selatan, Qiu Guohong, menutupi keranda yang mengandungi mayat tentera China dengan bendera kebangsaan China, semasa majlis penyerahan jasad jenazah di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon di Incheon, Korea Selatan. – Reuters
Duta Besar China ke Korea Selatan, Qiu Guohong, menutupi keranda yang mengandungi mayat tentera China dengan bendera kebangsaan China, semasa majlis penyerahan jasad jenazah di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon di Incheon, Korea Selatan. – Reuters

Sejak itu, Seoul telah menghantar pulang sejumlah 500 jasad, menerbangkannya pulang setiap tahun sebelum festival tahunan China, Qingming, apabila ramai orang menziarahi dan membersihkan kubur nenek moyang mereka.

China berperang bersama-sama Korea Utara dalam konflik 1950-53, campur tangannya yang dramatik dan genting selepas pasukan yang diketuai AS mengusir tentera Korea Utara ke utara jauh semenanjung.

Bilangan kematian dan kecederaan masih dipertikaikan tetapi pihak Barat mengatakan bilangan adalah 400,000 kematian warga China, manakala sumber China menyebutkan angka kematian adalah kira-kira 180,000. Jasad-jasad itu pada awalnya dikebumikan plot kecil yang berselerakan sekitar negara itu.

ARTIKEL YANG SAMA