Korea Selatan isytihar bebas MERS

Korea Selatan isytihar bebas MERS

SEOUL, 28 Jul (AFP) – Korea Selatan hari ini mengisytiharkan berakhirnya wabak Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS) yang membunuh 36 orang, mencetuskan panik dan membantut pertumbuhan di ekonomi keempat terbesar Asia.

Menghadiri mesyuarat pegawai-pegawai kerajaan di Seoul, Perdana Menteri Hwang Kyo-Ahn berkata risiko yang ditimbulkan oleh apa yang merupakan wabak virus terbesar di Arab Saudi sudah berakhir.

“Selepas menimbang pelbagai faktor, kakitangan perubatan dan kerajaan berpendapat orang tidak perlu bimbang sekarang,” kata Hwang.

“Saya meminta orang awal supaya meninggalkan segala kebimbangan mengenai MERS dan meneruskan aktiviti harian biasa, termasuk aktiviti ekonomi, kebudayaan, riadah dan sekolah,” tambah beliau.

Beribu-ribu sekolah ditutup pada kemuncak wabak, tatkala ibu bapa yang bimbang mengurung anak mereka di rumah.

Gambar fail pada 16 Jun menunjukkan pekerja mengasapkan teater di Pusat Budaya Sejong di Seoul bagi menghindari virus MERS. Korea Selatan hari ini mengisytiharkan ia kini bebas daripada virus maut yang membunuh 36 orang dan mencetuskan panik berleluasa serta membantutkan pertumbuhan ekonomi ekonomi keempat terbesar Asia itu. – AFP

Wabak memberi kesan teruk ke atas ekonomi negara, membantut perbelanjaan pengguna dan memusnahkan sektor pelancong.

Perniagaan tempatan termasuk gedung membeli-belah, restoran dan panggung wayang melaporkan kemerosotan mendadak dalam jualan tatkala orang meninggalkan tempat yang mempunyai ramai orang.

Kerajaan baru-baru ini mengumumkan pakej perangsang berjumlah 22 trilion won, kebanyakannya bertujuan menyokong perniagaan yang terjejas oleh krisis MERS.

ARTIKEL YANG SAMA