Korea Selatan jalani latihan peluru berpandu

SEOUL, Korea Selatan, 13 Sept – Korea Selatan hari ini berkata ia telah menjalankan latihan pertama menggunakan peluru hidup bagi peluru berpandu yang dilancarkan di udara yang akan mengukuhkan kemampuan serangan awalnya ke atas Korea Utara sekiranya krisis berlaku.

Ketenteraan Korea Selatan berkata peluru pandu Taurus dilepaskan dari jet pejuang F-15 yang membuat perjalanan melalui halangan pada altitud rendah sebelum mengenai sasaran di perairan pantai barat negara itu ketika latihan semalam.

Peluru berpandu buatan Taurus System, Jerman itu, memiliki jarak maksimum 500kilometer dan dilengkapi dengan ciri-ciri senyap yang akan membolehkannya mengelak pengesanan radar sebelum mengenai sasaran Korea Utara , menurut Kementerian Pertahanan Seoul.

Korea Selatan mencepatkan usaha untuk meningkatkan kemampuan ketenteraannya di tengah siri-siri ujian nuklear oleh Korea Utara, yang pada 3 September lalu telah melancarkan ujian nuklear keenam dan yang paling kuat setakat ini.

Sejurus selepas ujian itu, Seoul telah mengumumkan ia telah mencapai perjanjian dengan Washington untuk mengeluarkan had berat kepala peluru pada peluru berpandu balistik Korea Selatan, yang di bawah garis pandu dua hala boleh dibina bagi jarak maksimum 800 kilometer. – AP