Korea Selatan kecewakan Uzbekistan pada minit akhir

Korea Selatan kecewakan Uzbekistan pada minit akhir

SEOUL, 15 Nov – Jaringan Koo Ja Cheol pada minit-minit akhir perlawanan menyelamatkan maruah Korea Selatan apabila pasukan tuan rumah itu mengejar dari belakang untuk menewaskan Uzbekistan 2-1 dalam saingan kelayakan Piala Dunia, sebentar tadi.

Pemain tengah FC Augsburg itu meledak bagi tuan rumah pada minit ke-85, yang memberikan kelegaan kepada para penyokong Korea dan jurulatih Uli Steilike.

Marat Bikmaev memberikan Uzbekiztan pendahuluan pada minit ke-25, namun Korea Selatan menyamakan kedudukan melalui Nam Tae-Hee sebelum ledakan Koo memberikan mereka penyamaan dalam pungutan mata bersama pendahulu Kumpulan A Iran, yang juga berdepan Syria sebentar lagi.

Bikmaev menolak masuk bola ke pertahanan Korea Selatan pada minit ke-25 apabila penjaga gawang Kim Seung-Gyu perlu meluru ke luar petak untuk menyelamatkan bola liar, namun bola kembali kepada Bikmaev.

Uzbekiztan kemudian mengecewakan Korea Selatan dengan pertahanan yang kukuh sebelum Nam akhirnya memecah masuk pada minit ke-67 selepas menerima hantaran lintang daripada Park Joo-Ho.

Dan dengan masa tinggal lima minit, penyerang tinggi lampai Kim Shin-Wook menanduk bola masuk melalui hantaran lintang Koo, yang melepasi penjaga gawang Aleksandr Lobanov untuk melengkapkan kemenangan. – AFP