Korea Selatan kurangkan prospek pertumbuhan

Korea Selatan kurangkan prospek pertumbuhan

SEOUL, 19 April (AFP) – Korea Selatan hari ini mengurangkan prospeknya untuk pertumbuhan ekonomi dan inflasi pada tahun ini, menyalahkan eksport lembap tetapi mengekal kadar faedah berkata ia menjangka melihat pemulihan sederhana pada suku kedua.

Ekonomi keempat terbesar Asia telah menjadi lembap dalam beberapa tahun ini tatkala ia bergelut untuk mengatasi kadar pengangguran yang meningkat, hutang pengguna meningkat dan permintaan global lemah untuk eksportnya, terutamanya pasaran utama China.

Hari ini bank pusat Korea berkata ia menjangka perkembangan sebanyak 2.8 peratus pada tahun 2016, meroost 0.2 peratusan mata daripada ramalannya sebelum ini, yang telahpun merosot daripada sasran 3.0 peratus.

GabernorBoK Lee Ju-Yeol memberitahu wartawan bahawa ketidakpastian pertumbuhan “masih besar,” walaupun ekonomi dijangka menunjukkan pemulihan sederhana dari April-Jun. Atas sebab-sebab ini bank juga mengekal kadar faedahnya pada 1.5 peratus, di mana ia tidak berubah sejak Jun.

Kebanyakan kerajaan di seluruh dunia perlu menyelaras ramalan mereka tatkala ekonomi global menjadi lembap, dengan kemelesetan pertumbuhan di China, ekonomi kedua terbesar dunia, menghapuskira satu pemulihan di Amerika Syarikat.

Pengurangan anggaran pertumbuhan BoK keluar seminggu selepas Tabung Mata Wang Antarabangsa mengurangkan prospeknya kepada 2.7 peratus daripada ramalan 3.2 peratus sebelumnya, memetik masalah berterusan di China.

Pertumbuhan ekonomi menjadi lembap kepada 2.6 peratus pada tahun lalu daripada 3.3 peratus pada 2014. “Data ekonomi baru-baru ini telah menunjukkan beberapa tanda-tanda pemulihan, yang mengurangkan tekanan ke atas BoK untuk memotong kadar,” tulis Krystal Tan, ahli ekonomi di Singapura di Capital Economics, dalam satu nota penyelidikan.

ARTIKEL YANG SAMA