Korea Selatan lancar siasatan ke atas makanan pelajar

Korea Selatan lancar siasatan ke atas makanan pelajar

SEOUL, 8 Okt (AFP) – Para pendakwa Korea Selatan telah melancarkan siasatan hari ini berhubung pertuduhan yang sebuah sekolah swasta telah mencuri beras dan minyak masak serta menggelapkan wang tunai berjumlah ribuan dolar daripada hidangan makan pelajar, menurut jurucakap, selepas pelajar mengadu makanan yang tidak dapat dimakan.

Pegawai pendidikan Seoul telah dibanjiri dengan panggilan telefon daripada ibu bapa yang berang bulan ini selepas para pelajar di Sekolah Tinggi Choongam mengadu tentang hidangan yang memualkan dan bekalan makanan rendah.

Gambar daripada media tempatan menunjukkan makanan tengah hari sekolah mengandungi kentang goreng, jem sandwic, jeruk timun dan mi dalam sup tomato nipis.

Gambar lain menunjukkan seketul ikan yang kelihatannya digoreng dalam minyak masak yang digunakan semula.

“Kami terus membuangnya. Kami sering keluar makan mi segera,” ujar salah seorang pelajar kepada JTBC TV.

Seorang guru memberitahu radio CBS yang minyak itu telah digunakan semula berulang kali sehingga ia bertukar hitam.

Satu siasatan daripada pejabat pendidikan mengatakan empat daripada setiap 10 tong minyak masak dan 20 hingga 20 peratus beras telah dicuri, menurut jurucakap jabatan.

Bekas pengetua sekolah dan pembekal makanan di antara 18 orang yang berdepan siasatan selepas juruaudit menemui sekurang-kurangnya AS$350,000 nilai makanan dan perkhidmatan yang telah digelapkan selama tiga setengah tahun.

Para pendakwa telah membuka satu siasatan jenayah ke atas skandal berkenaan dan jurucakap mengatakan mereka akan menyiasat perkara itu. Sekolah itu telah menyangkal pertuduhan sebagai tidak berasas dan telah mengancam untuk memfailkan libel ke atas pejabat pendidikan.

ARTIKEL YANG SAMA