Korea Selatan sahkan kematian ke-7 MERS

Korea Selatan sahkan kematian ke-7 MERS

SEOUL, 9 Jun (AFP) – Korea Selatan melaporkan korban ketujuh akibat virus Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS) serta lapan lagi kes jangkitan terbaharu hari ini.

Kematian mangsa terbaharu itu membabitkan seorang wanita berusia 68 tahun yang dijangkiti daripada seorang pesakit MERS di sebuah hospital di Seoul pada 27 dan 28 Mei lalu, demikian menurut Kementerian Kesihatan.

Kementerian itu menegaskan semua tujuh mangsa yang terkorban mempunyai masalah kesihatan sebelum dijangkiti virus MERS, dengan mangsa ketujuh mempunyai masalah jantung.

Lapan kes jangkitan terbaharu juga disahkan hari ini berbanding 23 semalam.

Kemasukan ke negara Korea Selatan dikawal ketat di lapangan terbang berikutan wabak MERS . – AFP
Kemasukan ke negara Korea Selatan dikawal ketat di lapangan terbang berikutan wabak MERS . – AFP

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan MERS melonjak kepada 95 berbanding empat kes dua minggu lalu.

Wabak MERS di Korea Selatan adalah wabak terbesar di luar Arab Saudi sebelum ini.