Korea Selatan sahkan kes pertama Zika

Korea Selatan sahkan kes pertama Zika

SEOUL, 22 Mac – Korea Selatan melaporkan kes virus Zika pertama hari ini, yang disahkan dihidapi oleh lelaki berusia 43 tahun yang mengunjungi Brazil, kata pusat kawalan penyakit.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pada 1 Februari lalu mengisytiharkan penularan virus Zika sebagai kecemasan kesihatan awam global, menyatakan kaitan jangkitan Zika ketika hamil dengan mikrosefali.

Zika tidak terbukti menyebabkan mikrosefali pada anak damit, tetapi bukti semakin meningkat menyatakan ada kaitan kedua-dua kes itu.

Keadaan itu juga turut menjelaskan bahawa keadaan kepala yang luar biasa kecil boleh membawa kepada masalah pembangunan mental.

Brazil berkata, ia mengesahkan lebih 860 kes mikrosefali dan menyatakan kebanyakannya berkaitan dengan Zika pada ibu. Negara itu juga menyiasat lebih 4,200 kes disyaki mikrosefali. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA