Korea Selatan sahkan tapak sistem anti-peluru berpandu

Korea Selatan sahkan tapak sistem anti-peluru berpandu

SEOUL, 13 Julai – Seoul hari ini menyatakan bahawa sistem pertahanan peluru berpandu AS akan dipasang di daerah selatan terpencil dan mempunyai kapasiti untuk melindungi dua pertiga daripada negara terhadap serangan dari Utara.

Rancangan untuk memasang sistem itu, yang menembak pelancar untuk merempuh peluru berpandu musuh, keluar pada minggu lalu selepas Amerika Syarikat meletak Pemimpin Tetringgi Korea Utara Kim Jong-Un dalam senarai hitam sekatannya untuk kali pertama. Tindakan itu mencetuskan bantahan dari Rusia dan China, yang menuduh Washington menggunakan kekuatan tenteranya di rantau.

Ketegangan telah meningkat sejak Pyongyang melancarkan ujian nuklear keempatnya pada Januari, disusuli oleh beberapa siri pelancaran peluru berpandu yang dikatakan oleh penganalisis menunjukkan Utara sedang mencatat kemajuan yang membolehkannya menyerang AS.

Sistem Terminal Pertahanan Kawasan Altitud Tinggi, atau THAAD, akan didirikan di daerah Seongju kira-kira 200 kilometer dari tenggara Seoul, dipersetujui oleh Setiausaha Pertahanan AS Ash Carter dan rakan sejawatan Korea Selatan Han Min-Koo, menurut kementerian pertahanan di Seoul.

Penghantaran akan selesai pada akhir tahun depan dan berupaya melindungi dua pertiga daripada Korea Selatan daripada peluru berpandu Korea Utara. Ia juga akan melindungi kemudahan perindustrian utama, termasuk kilang tenaga nuklear dan depot minyak, tambah kementerian. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA