Korea Selatan temui itik dijangkiti selesema burung

Korea Selatan temui itik dijangkiti selesema burung

SEOUL, 28 Mac (Reuters) – Korea Selatan mengesan jangkitan selesema burung dalam itik-itik di sebuah ladang ternakan berhampiran Seoul, seorang pegawai kementerian pertanian memberitahu Reuters hari ini, penemuan pertama dalam masa empat bulan dan sebulan selepas negara itu mendapat status bebas selesema burung.

Kes itu melibatkan jenis dikenali sebagai H5N8, jenis influenza sama yang berlaku November lalu.

Kesemua 11,604 itik dijangkiti di ladang bandar Icheon, 80km timur Seoul sudah disembelih, kata pegawai.

Korea Selatan sudah menyambung semula eksport ternakan ke Hong Kong buat pertama kali dalam hampir dua tahun selepas ia diisytiharkan negara bebas Avian Influenza, kata kementerian pertanian pada 13 Mac.

Penemuan selesema burung berlaku di tengah-tengah kebimbangan mengenai keselamatan makanan di Korea Selatan, di mana rebakkan penyakit kaki, tangan dan mulut ditemui dalam khinzir dalam Januari.

ARTIKEL YANG SAMA