Korea Selatan timbang bangun senjata nuklear

SEOUL, 11 Ogos – Perbalahan senjata beterusan Pyongyang dan AS telah mencetuskan permintaan untuk membangunkan senjata nuklear sendiri di Korea Selatan bagi mempertahankan diri, sekali gus menjadikan situasi semakin sukar.

Seoul yang menghoskan 28,500 tentera AS untuk mempertahankannya dari serangan Pyongyang, diharamkan daripada membangunkan senjata nuklear dibawah Persetujuan Tenaga Atom 1974 yang ditandatangani bersama AS yang sebaliknya menawarkan ‘perlindungan nuklear’ menentang kemungkinan serangan.

Tetapi Pyongyang kerap mengacam untuk menukar Soul menjadi ‘lautan api’ dan persoalan mengenai kesediaan Washington untuk mempertahankannya, sekali gus meletakkan bandar raya itu dalam bahaya serangan balas. Desakan itu diketuai oleh media-media di Korea Selatan.

Korea Selatan yang beperang bersama Utara dalam perbalahan yang tamat pada 1953, mara secara teknologi dan analisis menganggarkannya ia boleh membangunkan peranti atom dalam tempoh beberapa bulan.

Selepas Pyongyang melakukan dua ujian yang misil balistik antarabenua bulan lalu yang dikatakan boleh mencecah kebanyakan kawasan di tanah besar AS, akhbar itu memberi amaran: ‘Kepercayaan terhadap perlindungan nuklear AS terhadap Selatan boleh tergugat.”

Askar AS melepaskan tembakan simbolik dalam satu upacara ketenteraan di pangkalan tentera AS di Seoul, kelmarin. Ketegangan berterusan di Semenanjung Korea telah mencetuskan desakan daripada media agar Seoul membangunkan senjata nuklear. – AFP
Askar AS melepaskan tembakan simbolik dalam satu upacara ketenteraan di pangkalan tentera AS di Seoul, kelmarin. Ketegangan berterusan di Semenanjung Korea telah mencetuskan desakan daripada media agar Seoul membangunkan senjata nuklear. – AFP

Desakan itu antara lain menggesa Washington untuk menempatkan sebahagian senjata atom ke Korea Selatan jika ia tidak mahu melihat Seoul bersenjata nuklear.

AS menempatkan sebahagian senjata atomik di Selatan berikutan Perang Korea 1950-53, tetapi menarik diri pada 1991 apabila kedua-dua Korea mengisytiharkan mereka akan memastikan semenanjung bebas nuklear.

Tetapi Pyongyang menjalankan ujian nuklear pertamanya pada 2006 dan secara formalnya mengingkari persetujuan pada 2009.

Ketegangan meningkat sejak beberapa bulan lalu dengan Presiden AS Donald Trump minggu ini memberi amaran ‘kekerasan’ ke atas Pyongyang dengan mengancam serangan peluru berpandu berhampiran wilayah Guam, AS.

Ketua tentera Utara, Ri Myong Su memberikan tindak balas dengan berkata, jika AS meneruskan sikap ‘tidak menghiraukannya’, Pyongyang akan ‘mengakibatkan kesengsaraan dan hukuman tanpa belas kasihan terhadap semua provokasi’. – AFP