Korea Selatan tolak permohonan Google

Korea Selatan tolak permohonan Google

SEOUL, 18 Nov – Korea Selatan hari ini menolak permohonan Google untuk mengeksport data dibekalkan-kerajaan bagi perkhidmatan pemetaan global, dengan alasan ia akan menjadikan negara itu lebih terdedah kepada serangan Korea Utara.

Ia adalah penolakan kali kedua buat teknologi gergasi Amerika Syarikat itu dan berkata ia ‘kecewa’ dengan keputusan tersebut.

“Terdapat kebimbangan bahawa permintaan Google untuk mengeksport data peta boleh meningkat ancaman keselamatan di tengah-tengah konfrontasi antara Korea Selatan dan Korea Utara,” kata kementerian darat dan pengangkutan dalam satu kenyataan.

Undang-undang Keselamatan Negara Korea Selatan yang ketat menghalang Google daripada mengeksport peta kerajaan yang dibekalkan itu dengan alasan bahawa ia boleh mendedahkan lokasi tentera yang sensitif. Oleh kerana konflik Korea 1950-1953 itu berakhir dengan gencatan senjata dan bukannya perjanjian damai, kedua-dua negara Korea kekal secara teknikalnya dalam peperangan.

Google, sebuah unit Alphabet Inc., mengendalikan perkhidmatan pemetaan dengan mengeksport data peta dari setiap negara ke ibu pejabatnya di California dan 14 pusat data yang terletak di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat dan Singapura. Ia terpaksa menggunakan pelayan pihak ketiga apabila ia mula melancarkan Google Maps di Selatan pada tahun 2008, dan hanya ditawarkan secara terhad.

Google berhujah bahawa undang-undang keselamatan yang sudah lapuk dan tidak adil menyekat syarikat itu daripada menyediakan pelbagai perkhidmatan pemetaan, seperti arah pemanduan, maklumat pengangkutan awam dan peta satelit.

Teknolgi gergasi Amerika Syarikat itu membuat aduan dengan mendakwa ia boleh menawarkan pelbagai rangkaian perkhidmatan bagi kawasan terpencil Korea Utara – termasuk arah memandu dari ibu negara Pyongyang ke kompleks utama nuklear negara itu, Yongbyon, dan lokasi kem buruh yang terkenal di Korea Utara. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA