Korea U ‘ancaman kepada dunia’

Korea U ‘ancaman kepada dunia’

BEIJING, 27 Jan – Korea Utara yang bersenjatakan nuklear itu menggambarkan satu ‘ancaman terang-terangan, satu pengumuman ancaman kepada dunia,” Setiausaha Negara AS, John Kerry berkata di Beijing hari ini berikutan ujian nuklear keempat pada awal bulan ini.

Washington sedang menekan tindak balas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB-UN) berhubung ledakan atom terbaru Korea Utara – yang Pyongyang katakan adalah bom hidrogen bersaiz kecil, satu dakwaan yang disangkal oleh kebanyakan para pakar – dengan sekatan baru.

Namun China, ketua pelindung diplomatik dan penyumbang ekonomi Korea Utara, agak keberatan, meskipun hubungan kedua-duanya menjadi tegang dalam beberapa tahun kebelakangan ketika kesabaran Beijing menjadi tipis dengan cita-cita jirannya yang memburu senjata nuklear.

Kedua-dua kuasa – yang juga anggota tetap bagi Majlis Keselamatan PBB – telah bersetuju untuk melancarkan ‘usaha pantas’ untuk cuba menyelesaikan kepelbagaian mereka atas resolusi baru, Kerry memberitahu sidang akhbar bersama dengan rakan sejawatan China, Wang Yi.

Namun dia menyedari yang mereka tidak bersetuju atas ‘garis-garis yang menentukan apa sebenarnya ia akan lakukan atau katakan’.

John Kerry (kiri) berjabat tangan dengan Wang Yi selepas sidang akhbar bersama di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, di Beijing, China pada 27 Januari. – AFP
John Kerry (kiri) berjabat tangan dengan Wang Yi selepas sidang akhbar bersama di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, di Beijing, China pada 27 Januari. – AFP

“Amerika Syarikat akan melakukan apa yang perlu untuk melindungi rakyat negara kami serta rakan dan sekutu di dunia ini,” tambah Kerry.

Wang mengatakan China juga menyokong satu gerakan Majlis Keselamatan baru, bagaimanapun menambah bahawa ia ‘tidak seharusnya memprovokasi ketegangan baru dalam situasi itu’.

Hubungan Beijing dengan Pyongyang ditempa dalam darah Perang Korea dan penganalisis mengatakan pengaruhnya adalah dengan mengurangkan kebimbangan mengenai keruntuhan Korea Utara dan prospek penyatuan semula, Korea bersekutu AS secara langsung pada sempadannya.

China mempunyai ‘kemampuan tertentu….yang dapat membantu kita dengan penuh bermakna bagi menyelesaikan ancaman ini,” kata Kerry, memetik bahawa sebagai pembekal utama perdagangan dan bantuan kepada Korea Utara, ia boleh mengenakan tekanan menerusi ‘pergerakan kapal-kapal’ dan ‘pelbagai pertukaran sumber’.

Wang mengatakan dia menafikan ‘semua spekulasi tidak berasas atau mengubah kedudukan China’, mengulang semula yang Beijing komited untuk menyingkirkan senjata nuklear Semenanjung Korea.

China sering menyeru bagi ketenangan di rantau itu, serta penyambungan semula mengenai rundingan enam parti yang sudah lama tertangguh, yang membawa bersama dua Korea, China, AS, Rusia dan Jepun.

“Matlamatnya adalah untuk membawa isu nuklear di semenanjung Korea ke landasan yang betul dalam rundingan,” kata Wang.

“Sekatan bukan satu penamat dalam diri mereka.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA