Korea U dikenakan sekatan

Korea U dikenakan sekatan

SEOUL, 7 Jan – Presiden Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan berikrar hari ini akan mengenakan sekatan ‘paling berpengaruh dan menyeluruh’ ke atas Korea Utara selepas ujian nuklear keempatnya.

Korea Utara berkata semalam ia telah berjaya menguji bom hidrogen pertamanya, sekaligus menimbulkan kebimbangan antarabangsa dan kemarahan daripada negara termasuk AS dan Jepun, malah satu-satunya sekutu utama China.

Presiden Barack Obama dan rakan sejawatan Korea Selatan, Park Geun-Hye, mengadakan perbualan telefon selama 20 minit pada pagi ini, kata pejabat presiden Park dalam satu kenyataan.

“Presiden Obama menekankan keperluan untuk mengenakan sekatan paling berpengaruh dan menyeluruh dan berkata beliau akan menyelaras ketat bersama Selatan untuk mencapai matlamat berkenaan.

“Kedua-dua pemimpin juga bersetuju Utara harus menanggung akibat ujian nuklear terbaru dan berikrar akan bekerjasama rapat untuk mengemukakan supaya resolusi diluluskan oleh Majlis Keselamatan PBB,” tambahnya.

Aktivis Korea Selatan menjerit slogan sambil menunjukkan pelekat potret pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un semasa perhimpunan yang mengutuk ujian bom hidrogen Korea Utara, di Seoul pada 7 Januari. – AFP
Aktivis Korea Selatan menjerit slogan sambil menunjukkan pelekat potret pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un semasa perhimpunan yang mengutuk ujian bom hidrogen Korea Utara, di Seoul pada 7 Januari. – AFP

“Presiden Obama menegaskan semula komitmen teguh AS kepada sekuriti ROK,” tambahnya.

Park sebelumnya mengecam ujian semalam – diarah secara peribadi oleh pemimpin Korea Utara Kim Jong-Un – sebagai ‘provokasi serius’ terhadap keselamatan negara dan menggesa “respons antarabangsa yang kukuh.

Obama dan Park ‘mengutuk ujian itu dan bersetuju yang tindakan Korea Utara membentuk pencabulan lain atas kewajipan dan komitmennya di bawah undang-undang antarabangsa, termasuk beberapa Resolusi Majlis Keselamatan PBB,” kata Rumah Putih.

Bom hidrogen, atau termonuklear, menggunakan pembelahan dalam satu rangkaian reaksi yang mengakibat letupan yang jauh lebih kuat daripada letupan pembelahan yang dihasilkan oleh uranium atau plutonium sahaja.

Pakar berkata hasil daripada ujian semalam adalah jauh terlalu rendah untuk bom-H asli, namun ia masih menandakan pencabulan resolusi PBB. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA