Korea U hukum mati naib perdana menteri kerana ‘tidak hormat’

Korea U hukum mati naib perdana menteri kerana ‘tidak hormat’

SEOUL, 31 Ogos – Korea Utara telah menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang naib perdana menteri kerana menunjukkan sikap tidak hormat semasa satu mesyuarat yang diketuai oleh pemimpin Kim Jong-Un, menurut Korea Selatan hari ini, selepas laporan mengatakan yang dia tertidur.

Rejim itu juga mengusir dua pegawai kanan lain, kata Seoul, yang terbaru dalam siri hukuman Kim yang dipercayai telah diarahkan dalam apa yang penganalisis katakan adalah satu percubaan bagi memperkukuhkan cengkaman kuasanya.

“Naib perdana menteri bagi pendidikan Kim Yong-Jin telah dihukum mati,” kata jurucakap Kementerian Penyatuan Seoul, Jeong Joon-Hee dalam taklimat ringkas.

Kim telah dihukum bunuh menggunakan skuad penembakan pada Julai sebagai ‘penghasut anti-parti, anti-revolusioner’, menambah seorang pegawai di kementerian, yang enggan untuk dinamakan.

“Kim Yong-Jin telah dikecam kerana postur duduknya yang teruk apabila dia duduk di bawah pentas orang berucap” semasa sesi parlimen Korea Utara, dan kemudian menjalani siasatan yang turut mendedahkan ‘jenayah’ lain, kata pegawai kepada wartawan.

Akhbar JoongAng Ilbo melaporkan kelmarin, tokoh terkemuka rejim itu telah dihukum, namun mengenal pasti pegawai pendidikan itu menerusi nama lain.

“Dia menyebabkan kemarahan Kim selepas dia terlelap semasa mesyuarat yang diketuai oleh Kim,” ia memetik satu sumber sebagai berkata. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA