Korea U hukum tahanan Korea-AS 10 tahun

Korea U hukum tahanan Korea-AS 10 tahun

SEOUL, 29 April – Korea Utara hari ini menjatuhkan hukuman ke atas tahanan berketurunan Korea-Amerika, Kim Dong-Chul, penjara 10 tahun dengan kerja berat atas dakwaan subversif dan mengintip, lapor Xinhua, agensi berita rasmi China.

Pengumuman itu, yang dibuat pada ketika ketegangan ketenteraan meningkat di semenanjung Korea, menyusuli hukuman penjara yang malah lebih berat, iaitu hukuman penjara 15 tahun dengan kerja berat yang telah diluluskan bulan lalu ke atas seorang pelajar AS, Otto Warmbier kerana mencuri sepanduk propaganda dari sebuah hotel pelancong di Pyongyang.

Laporan ringkas Xinhua dari Pyongyang mengatakan hukuman Kim telah dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Korea Utara.

Tidak ada pengesahan Korea Utara berhubung penghukuman itu.

Menurut sumber pihak pendakwa yang dipetik oleh agensi berita China, Kim telah melaksanakan ‘propaganda kolot’ ke atas Korea Utara” dan menyuntik kepada penduduk tempatan, fantasi-fantasi tentang keunggulan AS, untuk mengoyah kestabilan sistem politik dan sosial.”

Kim, 62 tahun, yang telah menjadi warganegara AS pada tahun 1987, diberkas pada Oktober lalu.

Kima diarak di hadapan kamera-kamera media di bandar Korea Utara sebulan lalu, apabila dia mengaku mencuri rahsia-rahsia tentera dan merayu keampunan dalam ‘pengakuan’ yang telah diatur dengan telti.

Penahanannya kali pertama menjadi tumpuan umum apabila dia muncul pada Januari lalu ketika satu temu bual yang diadakan oleh CNN bersama seorang paderi Kanada yang ditahan di hotel Pyongyang.

Pada ketika itu, Kim berkata dia telah tinggal di China berhampiran sempadan Korea Utara selama 15 tahun lalu, kerap berulang alik ke Rason – zon ekonomi khas Korea Utara. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA