Korea U jatuhi hukuman pelajar AS

Korea U jatuhi hukuman pelajar AS

SEOUL, 16 Mac (Reuters) – Mahkamah Tertinggi Korea Utara menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dengan kerja berat ke atas pelajar Amerika, Otto Warmbier bagi jenayah ke atas negara itu, agensi berita Xinhua, China melaporkan hari ini.

Warmbier, pelajar Universiti Virginia, ditahan oleh Korea Utara pada Januari lalu kerana cuba mencuri barangan yang mempunyai slogan propaganda dari hotel tempat dia menginap di Pyongyang dan mengaku melakukan jenayah ke atas negara itu, lapor media Korea Utara sebelumnya.

Warmbier, yang berasal dari Wyoming, Ohio, dan berusia 21 pada ketika dia ditangkap, memberitahu sidang media di Pyongyang bulan lalu bahawa jenayahnya ‘sangat teruk dan dirancang awal.”

Dia dalam tempoh akhir lawatan berkumpulan Tahun Baru lima hari ke Korea Utara apabila dia lengahkan di imigresen lapangan terbang sebelum dibawa pergi oleh para pegawai, menurut pengendali pelancongan yang telah mengaturkan lawatan itu.

Korea Utara mempunyai sejarah panjang menahan warga asing dan sebelum ini pernah memenjarakan warga Australia untuk mendapatkan lawatan yang ditonjolkan dari AS, yang mana ia tidak mempunyai hubungan rasmi diplomatik.

Gambar yang dikeluarkan oleh Pusat Berita Korea Utara (KCNA) menunjukkan pengambilan cap jari Otto Warmbier di mahkamah agung Korea Utara, di Pyongyang. – Reuters
Gambar yang dikeluarkan oleh Pusat Berita Korea Utara (KCNA) menunjukkan pengambilan cap jari Otto Warmbier di mahkamah agung Korea Utara, di Pyongyang. – Reuters

Korea Utara juga menahan paderi Kristian berketurunan Korea-Kanada yang dijatuhkan ke atasnya hukuman penjara seumur hidup dengan kerja berat pada Disember lalu kerana subversif. Sebelum ini ia telah menjatuhkan hukuman lama ke atas warga-warga negara luar sebelum membebaskan mereka. Pada tahun 2014, Korea Utara telah membebaskan tiga orang warga Amerika yang ditahan.

Bekas Gabenor, Bill Richardson dari New Mexico, yang sebelum ini pergi ke Korea Utara telah menemui duta Korea Utara ke PBB semalam untuk menggesa bagi pembebasan Warmbier, lapor New York Times.

Richard dipetik sebagai berkata “Saya menggesa pembebasan kemanusiaan bagi Otto, dan mereka bersetuju untuk menyampaikan permintaan kami.

ARTIKEL YANG SAMA