Korea U kena sekatan AS

Korea U kena sekatan AS

WASHINGTON, 17 Mac (AFP) – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama telah menandatangani satu arahan kelmarin yang melaksanakan sekatan disokong Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ke atas Korea Utara selepas ia melancarkan ujian nuklear dan peluru berpandu tahun ini, ketika Pyongyang turut menjanjikan tindak balas.

Rumah Putih mengatakan Obama telah menandatangani arah eksekutif itu yang menyasarkan aset perkapalan, kewangan dan tenaga negara terasing itu.

Langkah itu dipersetujui di PBB (UN) dalam respons ke atas pelancaran peluru berpandu balistik pada 6 Januari dan 7 Februari.

“Arahan ini bukan menyasarkan rakyat Korea Utara, tetapi lebih ditujukan kepada kerajaan berkenaan,” menurut dokumen yang ditandatangani oleh Obama.

Di antara entiti yang disasarkan adalah ‘Jabatan Agitasi dan Propaganda’ bagi Parti Pekerja Korea dan firma-firma perlombongan yang menyediakan rejim itu dengan hasil yang sangat diperlukan.

Jabatan Perbendaharaan AS menganggarkan hasil pendapatan arang sahaja menjana lebih AS$1 bilion setahun bagi kerajaan Kim Jong-Un.

Sebagai respons kepada sekatan PBB dan latihan AS-Korea Selatan, Kim sudah mengarahkan ujian kepada peledak nuklear akan datang dan pelancaran peluru berpandu balistik berganda.

Penganalisis dan diplomat telah mengatakan jalan keluar dalam sekatan PBB meninggalkan ruang bagi China, penyokong ekonomi penting Pyongyang, untuk meneruskan perniagaan seperti biasa.

ARTIKEL YANG SAMA