Korea U lancar peluru berpandu balistik

Korea U lancar peluru berpandu balistik

SEOUL, 18 Mac (Reuters) – Korea Utara menembak sekurang-kurangnya satu peluru berpandu balistik hari ini, yang terbang kira-kira 800 kilometer sebelum jatuh ke laut di luar pantai timurnya, kata tentera Korea selatan, tatkala negara tersisih itu mempertingkat keingkarannya terhadap sekatan baru Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Amerika Syarikat (AS).

Agensi berita Korea Selatan, Yonhap, berkata peluru berpandu mungkin merupakan peluru berpandu jarak sederhana Rodong. Jika disahkan, ia akan menandakan ujian peluru berpandu pertama Korea Utara, berupaya sampai ke Jepun, sejak 2014.

Pelancaran berlaku di tengah ketegangan meningkat di semenanjung Korea selepas Utara menolaj sekatan Majlis Keselamatan PBB yang dikenakan pada awal bulan sebagai respon kepada ujian nuklear yang dijalankan pada Januari dan Amerika Syarikat mengeluarkan sekatan baru pada minggu ini.

Peluru berpandu dilancarkan dari utara ibu negara, Pyongyang, terbang melepasi semenanjung dan jatuh di laut di luar pantai timur pada awal pagi ini, kata Pejabat Ketua Turus Tentera Korea Selatan dalam satu kenyataan.

Gambar fail bertarikh 15 Mac 2016 yang dikeluarkan oleh Agensi Pusat Berita Korea Utara (KCNA) menunjukkan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, melihat roket peledak selepas ujian simulasi ke atmosfera, peluru berpandu balistik, di lokasi yang tidak dikenali di Pyongyang. – Reuters
Gambar fail bertarikh 15 Mac 2016 yang dikeluarkan oleh Agensi Pusat Berita Korea Utara (KCNA) menunjukkan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, melihat roket peledak selepas ujian simulasi ke atmosfera, peluru berpandu balistik, di lokasi yang tidak dikenali di Pyongyang. – Reuters

Nampaknya Utara telah menembak peluru berpandu kedua sejurus selepas itu dari rantau yang sama, dengan peluncur hilang dari radar pada satu altitud 17 kilometer, tambahnya.

Korea Selatan tidak mengesahkan jenis peluru berpandu. Namun 800km mungkin di luar jarak kebanyakan peluru berpandu jarak dekat dalam gudang senjata Utara. Peluru berpandu Rodong mepunyai jarak maksimum 1,300km, menurut kementerian pertahanan Selatan.

Seorang pegawai AS memberitahu Reuters di Washington ia merupakan peluru berpandu jarak sederhana yang ditembak daripada pelancar jalan. Jabatan Negara AS berkata dalam satu kenyataan ia sedang mengawasi ketat keadaan dan menggesa Korea Utara untuk menumpu pada pengambilan langkah konkrit bertujuan memenuhi komitmen antarabangsanya.

ARTIKEL YANG SAMA