Korea U lancar roket, timbulkan kemarahan

Korea U lancar roket, timbulkan kemarahan

SEOUL/TOKYO, 7 Feb – Korea Utara melancarkan roket jarak jauh hari ini yang membawa apa yang dipanggilnya, satelit, tetapi negara jiran dan Washington membidas pelancarkan itu sebagai ujian misil, yang dilakukan dalam mengingkari sekatan PBB dan hanya beberapa minggu selepas ujian bom nuclear.

Pusat Pemerintah Strategik AS berkata ia telah mengesan misil memasuki angkasa, dan tentera Korea Selatan berkata roket itu meletakkan satu objek ke orbit, yang mengetepikan laporan awal media yang menyatakan ia mungkin gagal dalam penerbangan.

Korea Utara berkata pelancaran satelitnya, Kwangmyongsong-4, yang dinamakan dengan nama pemimpin Kim Jong Il, adalah ‘kejayaan lengkap’ dan ia membuat putaran orbit bumi setiap 94 minit. Pelancaran itu diarahkan oleh anak lelakinya, Kim Jong Un, yang dipercayai berusia 33 tahun. Pelancaran roket jarak jauh terakhir Korea Utara adalah pada 2012, yang digelarnya satelit perhubungan ke orbit, tetapi tiada isyarat pernah dikesan darinya.

Roket tersebut dilancarkan sekitar 9:30 pagi, masa Seoul (0030 GMT) dalam trajektori selatan, seperti yang dirancangkan. Fuji Television Network, Jepun menunjukkan cahaya menuju ke langit, yang dirakamkan dari kamera di sempadan China bersama Korea Utara.

Gambar yang diambil dari rakaman video KRT, yang dikeluarkan oleh Yonhap menunjukkan roket jarak jauh Korea Utara dilancarkan. – Reuters
Gambar yang diambil dari rakaman video KRT, yang dikeluarkan oleh Yonhap menunjukkan roket jarak jauh Korea Utara dilancarkan. – Reuters

Korea Utara telah memaklumkan agensi – agensi PBB bahawa ia merancang untuk melancarkan roket yang membawa satelit pemerhati Bumi, mencetuskan bantahan dari kerajaan – kerajaan yang melihatnya sebagai ujian misil jarak jauh.

Majlis Keselamatan PBB akan mengadakan mesyuarat tergempar hari ini bagi membincangkan pelancaran tersebut, atas permintaan AS, Jepun dan Korea Selatan, kata diplomat. AS mengesan pelancaran roket dan berkata ia tidak percaya bahawa ia mencetuskan ancaman kepada AS atau sekutunya, kata pegawai pertahanan.

Korea Utara pada awalnya memberikan rangka masa 8-25 Februari bagi pelancaran itu tetapi pada semalam menukarnya kepada 7-14 Februari, dengan mengambil kelebihan terhadap keadaan cuaca yang cerah hari ini.

Pentadbiran Perkembangan Aeroangkasa Kebangsaan Korea Utara menggelar pelancaran itu ‘satu perkembangan sains, teknologi, ekonomi dan keupayaan pertahanan negara itu dengan mengamalkan hak yang sah bagi menggunakan angkasa bagi tujuan kebebasan dan keamanan’. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA