Korea U mampu ledak satu lagi nuklear

Korea U mampu ledak satu lagi nuklear

SEOUL, Korea Selatan, 12 Sept – Korea Utara berupaya meletup satu lagi bom nuklear pada bila-bila masa di salah satu terowong yang tidak digunakan di tapak ujian nuklear utama negara, kata pegawai Seoul hari ini, tiga hari selepas negara itu menjalankan letupan bom kelimanya.

Ujian nuklear terbaru Utara adalah yang paling kuat setakat ini dan dakwaannya yang pernah menggunakan kepala peluru ‘standard’ menimbulkan kebimbangan ia telah mencatat kemajuan dalam usahanya untuk menghasilkan kepala peluru kecil dan canggih untuk dipasang di peluru berpandu.

Seoul, Washington dan sekutu mereka berikrar akan mengenakan lebih banyak tekanan dan sekatan ke atas Pyongyang.

Selepas ujian, institut senjata nuklear Utara berkata ia akan mengambil langkah untuk merangsang keupayaan nuklearnya, yang dikatakan oleh penganalisis merujuk pada ujian nuklear keenam.

Presiden Korea Selatan Park Geun-Hye (dua kanan) ketika pertemuan semasa di Presendential Blue House di Seoul kelmarin. Korea Utara berupaya meletup satu lagi alat nuklear pada bila-bila masa di salah satu terowong yang tidak digunakan di tapak ujian nuklear utama negara, kata pegawai Seoul kelmarin. – AFP
Presiden Korea Selatan Park Geun-Hye (dua kanan) ketika pertemuan semasa di Presendential Blue House di Seoul kelmarin. Korea Utara berupaya meletup satu lagi alat nuklear pada bila-bila masa di salah satu terowong yang tidak digunakan di tapak ujian nuklear utama negara, kata pegawai Seoul kelmarin. – AFP

Jurucakap Kementerian Pertahanan Korea Selatan Moon Sang Gyun berkata hari ini bahawa pihak berkuasa risikan Korea Selatan dan AS percaya Korea Utara mempunyai keupayaan untuk meletupkan alat nuklear lain pada bila-bila masa di tapak ujian Punggye-ri, di mana lima letupan nuklear diadakan sebelum ini.

Moon enggan berkata bukti khusus yang merujuk kepada satu lagi ujian Korea Utara.

Agensi berita Yonhap, memetik sumber kerajaan Seoul, melaporkan hari ini terdapatnya tanda-tanda yang menunjukkan Utara telah menamatkan persiapan ujian di sebuah terowong yang tidak digunakan. Yonhap enggan mengulas lanjut.

Pegawai risikan tentera tertinggi Korea Selatan, Kim Hwang Rok, berkata pada Jumaat Korea Utara mempunyai dua atau tiga terowong yang tidak digunakan di tapak Punggy-ri di mana ia boleh menjalankan satu ujian tambahan jika ia mahu. – AP