Korea U sedia guna senjata nuklear

Korea U sedia guna senjata nuklear

SEOUL, 4 Mac (Reuters) – Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un mengarahkan negaranya supaya bersedia untuk menggunakan senjata nuklearnya pada bila-bila masa dan ketenteraan berada dalam keadaan ‘serang terlebih dahulu’ di tengah ancaman meningkat dari musuh-musuhnya, lapor media kerajaan hari ini.

Ulasan-ulasan itu, disiarkan oleh agensi berita rasmi Korea Utara, KCNA, menandakan peningkatan ketegangan seterusnya di semenanjung Korea selepas Majlis Keselamatan PBB mengenakan sekatan keras baru ke atas negara terasing itu Rabu lalu kerana program nuklearnya.

Korea Utara, yang terkenal dengan retorik sedang berperang, sebelum ini pernah mengancam serangan terlebih dahulu ke atas musuh-musuhnya, termasuklah Korea Selatan dan AS. Pakar-pakar tentera meragui ia belum memajukan kemampuan untuk melepaskan peluru berpandu jarak jauh dengan peledak kecil untuk menghantar senjata nuklear sejauh-jauhnya AS.

Kim membuat ulasan itu ketika dia menyelia latihan tentera melibatkan pelancar roket yang baru dimajukan, lapor KCNA. Ia tidak menyebutkan tarikh latihan tetapi berkata senjata –senjata baru mampu dihantar dalam jarak Korea Selatan. Kementerian pertahanan Korea Selatan berkata semalam Korea Utara telah melancarkan beberapa peluru di perairan pantainya ke laut sehingga 150 kilometer jauhnya, respons jelas terhadap sekatan PBB.

Gambar yang diambil pada 7 Februari 2016 menunjukkan reaksi Kim Jong Un (tengah) semasa menyaksikan pelancaran roket jarak jauh di Korea Utara. - Reuters
Gambar yang diambil pada 7 Februari 2016 menunjukkan reaksi Kim Jong Un (tengah) semasa menyaksikan pelancaran roket jarak jauh di Korea Utara. – Reuters

Kim berkata Korea Utara seharusnya ‘mengukuhkan pasukan nuklearnya dalam kualiti dan kuantiti dan menekankan perlunya mengerahkan peledak nuklear bagi pertahanan negara sentiasa pada keadaan bersiap sedia untuk dilepaskan pada bila-bila masa,” KCNA memetik beliau sebagai berkata . “Kini sudah tiba masanya bagi kita untuk menukar kedudukan ketenteraan kita yang tindak balas terhadap musuh kepada serang terlebih dahulu dalam setiap aspek.”

Kim mengkritik Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye dalam siaran langsung pertamanya yang menyebutkan nama Park kerana bertindak ‘dalam berpakat dengan bajingan AS,” dengan menambah kata ‘histerianya hanya akan dengan pantas memusnahkannya dalam jangka panjang,” lapor KCNA lagi.

Jurucakap Kementerian Perpaduan Korea Selatan, yang menangani hubungan dengan Korea Utara, berkata ulasan Kim tidak membantu dan mungkin dihasratkan bagi penonton domestik untuk meningkatkan semangat di tengah sekatan PBB yang baru.