Korea U sedia lancar roket

Korea U sedia lancar roket

SEOUL, 22 Julai – Korea Utara sedang membuat persiapan untuk melancarkan roket baru jarak jauh, kemungkinan dalam bulan Oktober, setelah selesai menaik taraf pangkalan pelancar satelit utamanya, agensi berita Korea, Yonhap melaporkan hari ini.

Sebarang pelancaran sudah pastinya dianggap oleh masyarakat antarabangsa sebagai ujian peluru berpandu balistik tersembunyi dan membawa kepada pengenaan sekatan baru.

Dengan memetik sumber kerajaan tidak bernama, Yonhap memetik ‘perisikan boleh dipercayai’ bahawa pemimpin Korea Utara Kim Jong-Un telah mengarahkan pelancaran satelit untuk memperingati ulang tahun ke-70 penubuhan Parti Pekerja, iaitu parti memerintah Korea Utara pada 10 Oktober.

“Kami berpendapat Korea Utara akan melancarkan provokasi sekitar ulang tahun ke-70,” kata sumber itu,

Kementerian Pertahanan Korea Selatan enggan mengesahkan atau menafikan laporan Yonhap itu.

“Memandangkan pembinaan kemudahan pelancaran peluru berpandu jarak jauh Korea Utara, kami telah memerhati langkah Korea secara dekat, menurut jurucakap kementerian itu.

Menurut sumber Yonhap, Korea Utara telah menyelesaikan kerja ke atas gantri seluas 67 meter yang mampu mengendali roket dua kali saiz roket Unha, 30 meter yang dilancarkan Disember 2012.

Pelancaran Unha-3 secara meluas diselar di luar negara sebagai ujian peluru berpandu balistik dan membawa kepada sekatan tambahan PBB.

Korea Utara yang menegaskan pelancaran itu sepenuhnya saintifik dalam sifatnya, memberi respons tiga bulan kemudian dengan melancarkan ujian nuklear ketiga – yang paling kuat hingga kini.

Korea Utara ditegah di bawah resolusi Majlis Keselamatan PBB dari melancarkan sebarang pelancaran dengan menggunakan teknologi peluru berpandu balistik, meskipun ujian peluru berpandu jarak jauh berulang kali tanpa hukuman dilaksanakan ke atasnya.

Menaikkan taraf pangkalannya di pusat pelancar Sohae telah diawasi secara dekat oleh penganalisis imej satelit di institusi Korea- AS di Universiti Johns Hopkins.

Dalam laporan terbaru, institusi itu menganggarkan pelancaran roket pada 10 Oktober akan ‘sukar meskipun tidak mustahil”. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA