Korea U turut berkabung

Korea U turut berkabung

PYONGYANG, 28 Nov – Korea Utara memulakan perkabungan rasmi hari ini bagi mendiang pemimpin Cuba, Fidel Castro, dengan mengenang beliau sebagai ‘rakan rapat’ dan sekutu yang sangat berani dalam perjuangan bersama menentang pencerobohan AS.

Bendera-bendera dikibarkan setengah tiang di bangunan-bangunan rasmi di seluruh negara sebagai menandakan menghormati ikon revolusi itu, di sebalik hubungan yang kerap lebih mesra dalam retorik dari realiti.

Di jalan bawah tanah Pyongyang, mereka yang ulang-alik dalam satu stesen berhimpun ramai sekitar peti kaca yang mengandungi obituari Castro yang disiarkan oleh surat khabar parti memerintah, Rodong Sinmun.

Di samping bingkai gambar bertepi berwarna hitam dan menunjukkan gambar wajah Castro berjambang dengan pakaian lengkap tentera, obituari mengenangkan lawatannya ke Korea Utara pada tahun 1986 apabila beliau menemui pemimpin pengasas itu Kim II-Sung.

Ia menyatakan bahawa pemimpin Cuba itu dianugerahkan gelaran “Wira DPRK (Korea Utara) bagi usaha beliau untuk mengukuhkan hubungan dua negara yang berjuang di dua pos kawalan luar perjuangan anti AS, dan anti imperialis.

Seorang pengawal membaca artikel akhbar yang mengumumkan kematian bekas pemimpin Cuba, Fidel Castro, di sebuah stesen bawah tanah di Pyongyang pada 28 November. – AFP
Seorang pengawal membaca artikel akhbar yang mengumumkan kematian bekas pemimpin Cuba, Fidel Castro, di sebuah stesen bawah tanah di Pyongyang pada 28 November. – AFP

Kim Hong-Chol, 76 tahun penyelidik sastera bersara di Pyongyang, berkata dia masih jelas mengingati lawatan Kim.

“Dia adalah revolusi hebat. Sehingga pada saat-saat dia menyokong dan mempertahankan revolusi kami dan berjuang bagi kemerdekaan anti imperialis dan menentang Amerika,” Kim memberitahu AFP.

Ditanya tentang pengekalan bersejarah hubungan Cuba-AS, tahun lalu, Kim berkata Havana bertindak ‘secara taktik’ bagi manfaat revolusi Cuba.

Rakyat biasa Korea Utara lazimnya hanya melahirkan pandangan yang disekat apabila disoal tentang pertubuhan berita luar.

Pemimpin Korea Utara Kim Jong-Un telah menghantar utusan takziah di atas kematian Castro, dengan menyifatkan beliau ‘rakan dan sahabat rapat’ rakyat Korea.

Sebuah delegasi rasmi diketuai oleh penolong kanan Kim yang juga timbalan pengerusi jawatankuasa pusat parti memerintah, Parti Pekerja, Cho Ryong-Hae, berlepas ke Havana hari ini untuk menghadiri upacara memorial. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA