Korea U uji 2 peluru berpandu

Korea U uji 2 peluru berpandu

SEOUL, 22 Jun (AFP) – Negara nuclear Korea Utara telah melancarkan dua ujian menyeluruh peluru berpandu baru jarak sederhana hari ini, dengan kedua-duanya mencapai peningkatan ketara dalam jarak penerbangan daripada pelancaran lalu yang gagal, menurut Kementerian Pertahanan Korea Selatan.

Kedua-dua ujian dipercayai peluru berpandu Musudan jarak pertengahan yang lebih terang-terangan yang mampu sampai ke pangkalan ke Amerika Syarikat (AS), sejauh-jauhnya Guam.

Kecaman antarabangsa pantas dikeluarkan, dengan AS dan Jepun yang melabel pelancaran itu jelas mencabuli resolusi PBB, dan Korea Selatan berikrar akan menggesa bagi sekatan lebih ketat ke atas Pyongyang.

Langkah Majlis Keselamatan PBB yang sedia ada menegah Korea Utara dari sebarang penggunaan teknologi peluru berpandu balistik.

Ujian pertama sejurus sebelum 6 pagi dianggap gagal selepas dilaporkan terbang sekitar 150 kilometer di Laut Timur (Laut Jepun).

Kementerian pertahanan Korea Selatan berkata Musudan kedua – dilancarkan dari lokasi pantai timur sama dua jam kemudian – telah terbang 400 kilometer.

“Korea Selatan dan AS sedang menjalankan analisis seterusnya,” kementerian itu berkata dalam satu kenyataan yang tidak melabel ujian kedua berjaya atau gagal.

Empat ujian Musudan yang gagal awal tahun ini sama ada meletup pada pelancar bergerak atau sejurus selepas dilancarkan.

Ujian berjaya akan menandakan langkah besar ke hadapan bagi program senjata yang akhirnya menjadi aspirasi untuk memajukan kemampuan serangan nuklear ke atas AS. Jurucakap Jabatan Negara AS John Kirby berkata pelancaran terbaru itu akan hanya menambah usaha sejagat untuk menangani program senjata haram Korea Utara.

“Kami berhasrat untuk membangkitkan kebimbangan kami di PBB untuk memperkuatkan azam antarabangsa dalam menjadikan Korea Utara bertanggung jawab di atas tindakan provokasi ini,” Kirby berkata dalam satu kenyataan.

ARTIKEL YANG SAMA