Korea U uji kepala peluru nuklear

Korea U uji kepala peluru nuklear

SEOUL, 9 Sept – Korea Utara mendakwa hari ini ia telah berjaya menguji kepala peluru nuklear yang boleh dipasang pada peluru berpandu, sekali gus menerima kecaman daripada Selatan berhubung ‘kecuaian gila’ pemimpin muda Kim Jong-Un.

Letupan di tapak nuklear Punggye-ri adalah yang kelima di Utara dan paling kuat pada 10 kiloton – hampir bersamaan dengan kekuatan bom yang memusnahkan Hiroshima pada 1945, kata pakar di Seoul.

Media negeri Pyongyang berkata ujian itu, yang diadakan selepas beberapa siri pelancaran peluru berpandu balistik yang telah menerima kritikan antarabangsa dan sekatan daripada PBB, telah mencapai matlamatnya untuk memasang kepala peluru nuklear kecil pada roket.

“Ahli sains nuklear kami mengadakan ujian letupan nuklear untuk kepala peluru nuklear di tapak ujian nuklear utara negara,” kata penyampai TV Korea Utara.

“Parti kami menyampaikan mesej tahniah kepada ahli sains nuklear kami kerana berjaya menjalankan ujian letupan kepala peluru nuklear,” kata Ri Chun-Hee, seorang veteran yang telah membuat semua pengumuman terbesar Utara.

Kenderaan Amfibia Korea Selatan menembak peluru asap semasa enakmen semula pendaratan Incheon untuk menandakan ulang tahun ke-66 permulaan Operasi Chromite, di bandar pelabuhan barat Incheon kelmarin. – AFP
Kenderaan Amfibia Korea Selatan menembak peluru asap semasa enakmen semula pendaratan Incheon untuk menandakan ulang tahun ke-66 permulaan Operasi Chromite, di bandar pelabuhan barat Incheon kelmarin. – AFP

Berita itu menerima kecaman daripada Presiden AS Barack Obama yang mengingatkan mengenai ‘kesan serius’ dan berkata beliau telah menghubungi pemimpin Korea Selatan dan Jepun untuk membincang krisis yang dihadapi.

Presiden Selatan Park Geun-Hye bercakap tentang ‘kecuaian gila’ Kim, yang sejak mengambil alih tampuk pentadbiran sejak kematian bapanya pada 2011 telah mengadakan beberapa penyingkiran dan ujian senjata yang bertujuan menunjukkan kekuatan dan penggabungan kuasa.

“Rejim Kim Jong-Un hanya akan mendapat lebih banyak sekatan dan pemulauan, dan provokasi sedemikian hanya akan mempercepat pembinasaan sendiri,” kata park, mengingatkan obsesinya dengan penubuhan senjata nuklear menimbulkan cabaran serius.

“Kami akan mempertingkat tekanan ke atas Utara dengan menggunakan semua langkah yang mungkin, termasuk sekatan yang lebih keras ke atas Utara dengan komuniti antarabangsa dan pada Majlis Keselamatan PBB,” kata beliau. – AFP