Korea Utara aktifkan semula reaktor plutonium

Korea Utara aktifkan semula reaktor plutonium

SEOUL, 15 Sept (Reuters) – Korea Utara hari ini mengesahkan bahawa reaktor nuklear yang dilihat sebagai sumber utama senjata plutonium negara telah diaktifkan semula untuk operasi seperti biasa.

Pengesahan itu, oleh ketua Institusi Tenaga Nuklear Korea Utara (AEI) membangkitkan amaran seterusnya di tengah meningkatnya tanda-tanda bahawa Korea Utara mungkin bercadang melancarkan roket jarak jauh bulan depan dalam mencabuli resolusi PBB.

Dalam satu temubual dengan agensi berita rasmi Korea Utara, KCNA, pengarah institusi itu berkata semua kemudahan di kompleks nuklear Yongbyon – termasuklah reaktor lima megawatt telah ‘memulakan operasi biasa’

Korea Utara telah menyimpan reaktor Yongbyon pada 2007 di bawah perjanjian bantuan bagi perlucutan senjata, tetapi mula mengubahsuainya selepas ujian nuklear terakhirnya pada 2013.

Sejak itu, analisis imej satelit telah menunjukkan pengaktifan semula sebahagian dan sekejap-kejap reaktor itu yang mana bila sepenuhnya beroperasi, mampu menghasilkan kira-kira enam kilo plutonium setahun – cukup bagi satu bom nuklear, menurut pakar.

Korea Utara mengisytiharkan ia sudah menaik taraf dan menyambung semula operasi loji nuklear bagi menghasilkan lebih banyak bahan api dan senjata lebih baik. – AFP
Korea Utara mengisytiharkan ia sudah menaik taraf dan menyambung semula operasi loji nuklear bagi menghasilkan lebih banyak bahan api dan senjata lebih baik. – AFP

Pengarah AEI, yang tidak didedahkan namanya, berkata para ahli sains dan juruteknik telah ‘berterusan meningkatkan’ kualiti dan kuantiti pencegahan nuklear Korea Utara dan mengeluarkan amaran biasa kepada AS.

“Jika AS dan pasukan lain yang berseteru terus menerus mengusahakan dasar berseteru mereka, Korea Utara sepenuhnya sudah bersedia untuk mengawal mereka dengan senjata nuklear pada bila-bila masa,” katanya.

Amaran itu menyusuli bayangan ketara dari Pyongyang bahawa ia bercadang melancarkan roket satelit untuk memperingati ulang tahun ke-70 penubuhan parti memerintah, Parti Pekerja pada 10 Oktober.

Korea Utara menegaskan pelancaran roketnya dihasratkan untuk menghantar satelit aman ke orbit, sementara AS dan sekutunya pula menyifatkan usaha itu sebagai penyamaran ujian peluru balistik.

ARTIKEL YANG SAMA