Korea Utara ancam ambil tindakan fizikal

Korea Utara ancam ambil tindakan fizikal

SEOUL, 11 Julai – Korea Utara hari ini mengancam akan mengambil tindakan ‘fizikal’, selepas Washington dan Seoul mengumumkan mereka akan menggunakan sistem pertahanan anti peluru berpandu AS yang canggih untuk menangani ancaman meningkat Pyongyang.

Seoul dan Washington hari ini mendedahkan keputusan mereka untuk menggunakan Pertahanan Kawasan Tinggi Altitud Terminal (THAAD), di selatan ekoran ujian peluru berpandu dan nuklear Korea utara baru-baru ini.

Kedua-dua sekutu itu belum lagi mendedahkan dengan tepat bila dan di mana sistem itu, yang melepaskan pelancar untuk menghapuskan peluru berpandu pihak musuh, akan ditempatkan tetapi berkata mereka di peringkat akhir pemilihan tempat yang berpotensi.

“DPRK akan mengambil tindakan balas fizikal untuk sepenuhnya menguasai THAAD, dari detik lokasinya dan tempat telah ditetapkan di Korea Selatan,” biro artileri ketenteraan Korea Utara berkata dalam satu kenyataan, menurut Agensi rasmi Berita Pusat Korea (KCNA).

Ketenteraan Korea Utara yang memiliki ‘kaedah serangan balas terkini yang mencukupi akan mengambil langkah balas ‘yang tanpa belas kasihan dan lebih mantap ke atas AS yang ingin mencetuskan peperangan dengan menggunakan THAAD,” katanya lagi.

Seorang warga Korea Selatan menunjukkan ketidaksetujuan terhadap pelancaran THAAD. - AP
Seorang warga Korea Selatan menunjukkan ketidaksetujuan terhadap pelancaran THAAD. – AP

Ia juga memberi amaran kepada Korea Selatan tentang ‘kebinasaan sendiri yang dahsyat’ akibat dari kesan penggunaan sistem THAAD.

“Kami sekali lagi memberi amaran kepada pihak musuh bahawa KPA akan mantap melancarkan serangan balas tanpa belas kasihan untuk mengubah Korea selatan menjadi lautan api, serpihan sebaik saja arahan dikeluarkan,” menurut kenyataan itu.

Seoul menyelar ‘ancaman tidak masuk akal’ oleh Korea Utara, yang telah melancarkan provokasi serius yang termasuklah ujian nuklear pada Januari dan melancarkan roket jarak jauh pada Februari.

“Korea Utara mesti mengiktiraf yang mengancam keamanan dan kestabilan di Semenanjung Korea dan terlebih dahulu memohon maaf kerana provokasinya,” jurucakap kementerian pertahanan, Moon Sang-Gyun memberitahu para pemberita.

Pyongyang juga menguji apa yang nampaknya peluru berpandu balistik yang dilancarkan dari kapal selam sehari selepas pengumuman Seoul dan Washington itu, yang mencetuskan kecaman pantas dari antarabangsa. – AFP