Korea Utara bersedia lancar peluru berpandu

Korea Utara bersedia lancar peluru berpandu

SEOUL, 15 Nov (Reuters) – Korea Utara telah mengisytiharkan zon tanpa belayar di luar pantai timurnya dalam satu petanda ia mungkin bersedia untuk melancarkan peluru berpandu, demikian menurut laporan agensi berita Yonhap hari ini.

Amaran tersebut merangkumi semua pergerakan kapal dari 11 November hingga 7 Disember untuk satu kawasan di luar pantai tengah Utara, kata agensi, memetik satu sumber kerajaan.

“Kami sedang mengawasi dengan ketat sama ada Korea Utara akan melancarkan peluru berpandu Scud atau model baru peluru berpandu balistik disebabkan kawasan yang terletak di bawah amaran adalah agak luas,” satu sumber kerajaan dipetik sebagai berkata oleh Yonhap.

Scud adalah peluru berpandu jarak pendek yang pada mulanya dihasilkan oleh Kesatuan Soviet.

Kementerian pertahanan Korea Selatan enggan mengesahkan sama ada amaran tanpa belayar telah dikeluarkan.

Kawasan larangan terletak berhampiran bandar pelabuhan timur Wonsan di mana perkarangan kediaman keluarga pemimpin Kim Jong Un terletak, menurut laporan media.

Korea Utara sebelumnya telah mengisytiharkan zon tanpa belayar tanpa melancarkan peluru berpandu. Negara itu diletak di bawah sekatan PBB disebabkan pelancaran peluru berpandu balistik dan ujian nuklear sebelum itu.

ARTIKEL YANG SAMA