Korea Utara degil

Korea Utara degil

BANGSA-BANGSA BERSATU, 3 Mac (AFP) – Korea Utara melepaskan enam peluru berpandu jarak dekat ke dalam laut hari ini bagi menunjukkan keingkaran mereka hanya beberapa jam selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memberikan sekatan paling sukar setakat ini kepada Pyongyang atas pelancaran ujian roket nuklear yang keempat.

Paparan senjata api tentera Korea Utara itu telah menjadi respon kebiasaan mereka terhadap tekanan antarabangsa bagi program senjata nuklearnya.

Kementerian Pertahanan Korea Selatan berkata enam pelancar, sama ada roket atau peluru berpandu telah jatuh ke dalam laut pada sekitar 100-150 kilometer (60-90 batu) di luar pantai timur Utara.

Pelancaran dibuat selepas Majlis Keselamatan PBB sebulat suara meluluskan resolusi lewat Rabu lalu bagi mengenakan sekatan baru selepas tujuh minggu rundingan yang sukar di antara Amerika Syarikat dan China, iaitu sekutu utama tunggal Pyongyang.

Gambar yang diambil 10 Mei 2014 menunjukkan Naib Marshal, Hwang Pyong Jadi (bawah, kiri), berpakaian seragam penuh Tentera Rakyat Korea, melihat pertunjukan udara yang dipersembahkan oleh Tentera Udara Rakyat Korea dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un (tengah). – Reuters
Gambar yang diambil 10 Mei 2014 menunjukkan Naib Marshal, Hwang Pyong Jadi (bawah, kiri), berpakaian seragam penuh Tentera Rakyat Korea, melihat pertunjukan udara yang dipersembahkan oleh Tentera Udara Rakyat Korea dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un (tengah). – Reuters

Semua mata kini tertumpu pada China dan Rusia bagi melihat jika mereka menggubal sepenuhnya terhadap langkah-langkah yang menyeluruh.

Sekatan telah memecahkan lembaran baru, yang memerlukan semua negara untuk memeriksa kargo yang akan dihantar atau datang dari Korea Utara, pada semua lapangan terbang dan pelabuhan laut.

Mereka juga mengharamkan atau menyekat eksport arang batu, besi dan bijih timah dan mineral lain dari Korea Utara, dan melarang pembekalan bahan api penerbangan termasuk bahan api roket.

Sebanyak 16 individu dan 12 entiti telah ditambah kepada senarai hitam sekatan PBB, termasuk agensi ruang angkasa Korea Utara, NADA, dan agensi perisikannya, peninjau Biro Agung.

Negara anggota PBB akan mengusir diplomat Korea Utara yang terlibat dalam penyeludupan atau aktiviti haram yang lain.

ARTIKEL YANG SAMA