Korea Utara desak rakyatnya dikembalikan

Korea Utara desak rakyatnya dikembalikan

PYONGYANG, Korea Utara, 3 Mei (AP) – Korea Utara meningkatkan desakannya hari ini supaya Korea Selatan mengembalikan 12 orang pelayan wanita yang menurut Pyongyang telah diculik oleh Seoul dari sebuah restoran di China.

Seoul berkata pelayan-pelayan itu bersedia berpaling tadah ke Korea Selatan.

Pihak berkuasa Korea Utara hari ini memperkenalkan rakan-rakan sekerja dan ibu bapa pelayan-pelayan itu kepada media Korea Utara dan antarabangsa di Pyongyang. Korea Utara berkata wanita-wanita itu telah ditipu sehingga berfikir mereka dipindahkan untuk bekerja di restoran lain di Malaysia.

Pada 8 April, pihak berkuasa Korea Selatan mengumumkan ketibaan 13 warga Korea Utara di Korea Selatan 12 orang pelayan wanita dan pengurus mereka. Sejak itu pihak berkuasa Korea Utara telah mengeluarkan kenyataan berulang kali yang menggesa Seoul memulangkan pelayan-pelayan itu atau membenarkan ibu bapa mereka ke Seoul untuk menemui mereka.

Rakan 12 pelayan Korea Utara diperlihatkan kepada media di Pyongyang, Korea Utara. - AP
Rakan 12 pelayan Korea Utara diperlihatkan kepada media di Pyongyang, Korea Utara. – AP

Rakan-rakan sekerja para pelayan itu berkata pengurus mereka memberitahu, mereka berpindah ke Malaysia untuk bekerja di restoran lain di sana dan pelayan-pelayan wanita itu yang menaiki bas dari restoran mereka untuk membuat perjalanan menyangka Malaysia adalah destinasi terakhir mereka.

Seorang pelayan bernama Choe Rye Yong berkata para pelayan itu diatur untuk pergi, dia terdengar pengurusnya merujuk kepada seorang lelaki sebagai ‘ketua pasukan’ dari Perkhidmatan Perisikan Korea Selatan. Itu membuatkan dia memberi amaran kepada rakan-rakan sekerjanya yang belum lagi naik ke dalam bas, supaya menjauhi.

Pelayan-pelayan itu semua bekerja di sebuah restoran dipanggil Restoran Azalea Friendship di Ningbo, China.

Menurut mereka, sebelum ini mereka bekerja di restoran lain yang dikendali oleh warga Korea Utara di Yanji, di timur laut China.

ARTIKEL YANG SAMA