Korea Utara lancar tiga peluru balistik

Korea Utara lancar tiga peluru balistik

SEOUL, 5 Sept – Korea Utara menembak tiga peluru berpandu balistik di luar pantai timurnya hari ini, kata Seoul, dalam pertunjukan kekuatan baru yang diadakan ketika pemimpin dunia bertemu pada sidang kemuncak G20 di China.

Peluru berpandu ditembak ke Laut Jepun dari daerah Hwangju di Utara pada kira-kira 0300 GMT, kata jurucakap kementerian pertahanan, ancaman perang yang menyusuli ujian peluru berpandu balistik kira-kira dua minggu lalu.

“Mereka diramalkan sebagai peluru berpandu Rodong dengan jarak 1,000 kilometer dan ditembak tanpa amaran kepada Jepun,” kata jurucakap dalam satu kenyataan.

“Pelancaran peluru berpandu balistik Korea Utara merupakan satu pencabulan resolusi Majlis Keselamatan PBB yang bertujuan menunjukkan keupayaan nuklear dan peluru berpandu ketika sidang kemuncak G20,” tambah beliau.

Pelawat berjalan melintasi replika peluru berpandu Korea Utara Scud-B (kiri) dan peluru berpandu Korea Selatan Nike (kanan) di Memorial Perang Korea di Seoul kelmarin. - AFP
Pelawat berjalan melintasi replika peluru berpandu Korea Utara Scud-B (kiri) dan peluru berpandu Korea Selatan Nike (kanan) di Memorial Perang Korea di Seoul kelmarin. – AFP

Kementerian pertahanan Jepun berkata ketiga-tiga peluru berpandu dianggarkan telah terjatuh ke Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) negara di Laut Jepun, menurut satu kenyataan.

“Kementerian meluahkan kebimbangan serius mengenai pelancaran peluru berpandu kerana mereka menimbulkan ancaman kepada keselamatan negara Jepun,” kata kenyataan kementerian.

Pelancaran peluru berpandu pada hari ini diadakan beberapa jam selepas Presiden Korea Selatan Park Geun-Hye dan Presiden China Xi Jinping bertemu mengenai isu sampingan Sidang Kemuncak G20 di Hangzhou. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA